Shogi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shogi
Permainan shogi yang menggunakan set bermagnet.
GenrePermainan papan
Permainan strategi niskala
Pemain2
Julat umur5+
Masa penyediaan< 2 minit
Masa permainan30 minit sehingga 2 jam (secara tipikal)
Peluang rawakTiada
Kemahiran yang diperlukanStrategi, taktik

Shogi (Jepun: 将棋しょうぎ shōgi) atau juga dikenali sebagai catur Jepun merupakan sejenis permainan papan strategi yang mempunyai ciri yang sama seperti catur (antarabangsa), chaturanga, makruk, shatranj dan xiangqi. Perkataan Shōgi bermaksud "permainan jeneral" (shō 将; jeneral dan gi 棋; permainan papan).

Kelengkapan[sunting | sunting sumber]

Dua pemain iaitu Sente (先手, diwakili dengan warna hitam dan secara harfiahnya ia bermaksud penggerak dahulu) dan Gote (後手, diwakili dengan warna putih dan secara harfiahnya ia bermaksud penggerak kemudian), bermain pada suatu papan yang terdiri daripada segi empat tepat dalam grid sembilan baris dan sembilan lajur. Segi empat tepat tersebut tidak dibezakan dengan sebarang penanda atau warna. Adalah jarang untuk melihat papan tersebut dalam bentuk segi empat sama.

Setiap pemain mempunyai set 20 kepingan berbentuk baji yang sedikit berlainan saiznya. Kecuali untuk kepingan raja, kepingan berlawanan tidak dibezakan dengan penanda atau warna. Kepingan-kepingan tersebut menghadap ke hadapan (menghala ke bahagian bertentangan), di mana ia menunjukkan siapa yang mengawal kepingan ketika permainan dimainkan. Kepingan daripada paling besar (paling penting) kepada paling kecil (kurang penting) adalah seperti berikut:

  • 1 raja
  • 1 tir
  • 1 gajah
  • 2 jeneral emas
  • 2 jeneral perak
  • 2 kuda
  • 2 tombak
  • 9 bidak

Pautan luar[sunting | sunting sumber]