Short Belfast

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Belfast
Short Belfast kepunyaan Transmeridian Air Cargo di Lapangan Terbang Stansted London pada 1979.
Peranan Pesawat penangkut udara berat
Pengeluar Short Brothers
Penerbangan sulung 5 Januari 1964
Dihentikan 1976 (dari Tentera Udara Diraja British)
Pengguna utama Tentera Udara Diraja British
HeavyLift Cargo Airlines[1]
Jumlah dibina 10 buah

Short Belfast adalah kapal terbang turboprop pengangkut berat yang dibina oleh Short Brothers di Belfast. Hanya 10 unit dibina bagi Tentera Udara Diraja British (RAF) dangan nama Short Belfast C1. Apabila ia dibersarakan oleh RAF 5, kapal terbang ini digunakan bagi perkhidmatan awam dengan perkhimatan udara kargo HeavyLift Cargo Airlines.[1] Tiga pesawat masih wujud, satu darinya dipamerkan di Muzium RAF Cosford.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Short Belfast dimajukan bagi memenuhi keperluan Pasukan Udara DiRaja bagi kapal terbang pengangkut dengan keupayaan mengangkut pelbagai jenis kargo tentera bagi jarak jauh. Karg0 tentera yang dibayangkan termasuk artileri, lebih 200 tentera, helikopter dan peluru berpandu. Reka bentuk Short berasaskan kajian yang mereka lakukan pada akhir 1950-an dan projek bermula sebagai SC.5/10 pada Februari 1959. Dari reka bentuk tersebut, prototaip Belfast terbang buat kali pertama pada 5 Januari 1964. Pesawat ini diterbangkan oleh ketua juruterbang ujian Short, Denis Taylor, anak kapalnya terdiri daripada Peter Lowe (juruterbang ke-2), Malcolm Wild (jurutera), Ricky Steel (jurutera penerbangan), Bill Mortimer (pengendali radio & navigasi), Alex Mackenzie dan Gil Thomas (pemantau penerbangan)[2].

Belfast dikenali sebagai pesawat kedua yang dilengkapkan dengan peralatan pendaratan buta pendaratan automatik (autoland).

Untuk memenuhi tuntutan spesifikasi, Belfast menggunakan empat sayap tinggi dilengkapi dengan empat turboprop Tyne Rolls-Royce. Dek kargo sepanjang 64 kaki dalam fiuslaj selebar 18 kaki diameter (cukup luas bagi dua bas satu tingkat), dicapai melalui "ekor beaver" dengan pintu muatan belakang dan tanjakan bina dalam. Bahagian bawah utama merupakan dua bogi 8-tayar dan 2 tayar hadapan. Belfast mempunyai keupayaan berat berlepas (maximum takeoff weight - MTOW) lebih 220,500 lb (100 tan) tetapi masih kurang berbanding pesawat semasa 250-tan MTOW Antonov An-22 dan 128-tan MTOW Douglas C-133 Cargomaster. Ia mampu membawa 150 tentera berkelengkapan penuh, atau kereta kebal Chieftain atau dua helikopter Westland Wessex.

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Dengan penyertaan ke dalam perkhidmatan RAF ia menjadi jelas bahawa masalah seretan utama menghalang pesawat awal pertama mencapai nilai prestasi Short yang diingini. Pengubahsuaian undur dan ujian dilakukan, terutama bagi pesawat SH1818 (yang pada masa itu menyempurnakan permintaan RAF bagi CAT 3 pendaratan automatik di RAE Bedford), dan bahagian belakang yang baru meningkatkan kelajuan kruising armada sehingga 40 bsj.

Belfast merupakan pesawat yang agak besar, seperti yang dapat dilihat dalam gambar ini apabila dibandingkan dengan kenderaan dan orang berhampiran dengannya.

TAC Heavylift kemudiannya membeli 5 darinya untuk kegunaan perdagangan pada 1977, dan mengendali tiga darinya selepas ia menerima tempahan agar ia dapat disahkan pada piwaian awam. Ironiknya, sebahagian darinya disewa semasa Perang Falkland oleh tentera. Belfast (Enceladus XR371) keluaran terakhir dikekalkan di Muzium RAF Cosford. Kini pesawat ini dicat semula sebelum dikekalkan dalam tempat terlindung di Pameran Perang Dingin Kebangsaan (National Cold War Exhibition). [3]

Spesifikasi (Belfast C Mk.1)[sunting | sunting sumber]

Ciri umum

  • Anak kapal: Anak kapal asas 4 (dua juruterbang, jurutera & jurumudi/pengendali radio) serta anak kapal simpanan
  • Kapasiti: 11,750 kaki persegi
  • Muatan: 80,000 paun (36,288 kg)
  • Panjang: 136 kaki 5 inci (41.70 m)
  • Rentang sayap: 158 kaki 10 inci (48.1 m)
  • Tinggi: 47 kaki (14.33 m)
  • Sayap luas: 2,466 kaki² (229.1 m²)
  • Berat kosong: 130,000 paun (59,020 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 230,000 paun (104,300 kg)
  • Loji kuasa:Rolls-Royce Tyne R.Ty.12, Mk. 101 turboprop, Hawker Siddeley Dynamics 4/7000/fully-feathering airscrews of 16 kaki. diam., 5,730 ehp (4,270 kW) setiap satu

Prestasi

P esawat[sunting | sunting sumber]

Kesemua 10 Belfast diberi nama:

  • Samson - RAF Serial XR362 (menggunakan pendaftaran G-ASKE bagi penerbangan ujian seberang laut), dijual sebagai G-BEPE kemudian dilupuskan
  • Goliath - RAF Serial XR363, dijual sebagai G-OHCA kemudian dilupuskan
  • Pallas - RAF Serial XR364, dijual sebagai besi buruk kepada Rolls-Royce yang mengitar enjin Tyne
  • Hector - RAF Serial XR365, dijual sebagai G-HLFT ketika itu 9L-LDQ beroperasi dengan HeavyLift Cargo Airlines, kini RP-C8020 (lihat gambar di atas)
  • Atlas - RAF Serial XR366, dijual kepada RR untuk mendapatkan enjin
  • Heracles - RAF Serial XR367 - dijual sebagai G-BFYU kemudian dilupuskan
  • Theseus - RAF Serial XR368, dijual sebagai G-BEPS kemudian disimpan di Lapangan terbang Southend - bawah baik pulih untuk terbang dengan HeavyLift Cargo Airlines (lihat rujukan)
  • Spartacus - RAF Serial XR369, dijual sebagai G-BEPL kemudian dilupuskan
  • Ajax - RAF Serial XR370, dijual kepada RR untuk enjin
  • Enceladus- RAF Serial XR371, dikekalkan sebagai pameran di Muzium RAF Cosford

Pengendali tentera[sunting | sunting sumber]

Pengendali awam[sunting | sunting sumber]

 Australia
 United Kingdom
  • TAC HeavyLift

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b HeavyLift Cargo Airlines
  2. ^ Flight International, No. 2862, Vol. 85, 16 January 1964, p. 97.
  3. ^ Image at www.HistoryofAirCargo.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1.   Robert Hewson (Ed.) (2001). Commercial Aircraft and Airliners (2nd ed). Aerospace Publishing Ltd and Airlife Publishing Ltd. ISBN 1-84037-064-5