Shotaro Ishinomori

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Shotaro Ishinomori
Shotaro Ishinomori.jpg
Shotaro Ishinomori
Kelahiran 25 Januari 1938
Tome, Wilayah Miyagi, Jepun
Meninggal dunia 28 Januari 1998
Pekerjaan Mangaka

Shotaro Ishinomori (石ノ森 章太郎 Ishinomori Shōtarō?, 25 Januari 193828 Januari 1998) ialah seorang tokoh berpengaruh dalam bidang manga, anime dan tokusatsu yang mereka sebilangan siri yang amat popular seperti Cyborg 009 dan siri Masked Rider. Beliau meriah dua Anugerah Manga Shogakukan iaitu, pada tahun 1968 untuk Sabu to Ichitori Monohikae dan pada tahun 1988 untuk Hotel dan Manga Nihon Keizai Nyumon.[1] Beliau lahir dengan bernama Shotaro Onodera (小野寺 章太郎 Onodera Shōtarō?) di Tome, Miyagi dan dikenali sebagai Shotaro Ishimori (石森 章太郎 Ishimori Shōtarō?) sebelum tahun 1986, apabila beliau menukar nama keluarganya ke Ishinomori.

Karya[sunting | sunting sumber]

Cyborg 009 yang direka pada tahun 1963, menjadi pasukan adiwira pertama yang direka di Jepun. Pada tahun yang sama, Kazumasa Hirai dan Jiro Kuwata mereka adiwira cyborg pertama negara itu, berjudul 8 Man (yang muncul lapan tahun sebelum Kamen Rider). Kejayaan siri TV adiwira tokusatsu Kamen Rider terbitan Toei Company Ltd. pada tahun 1971 melahirkan adiwira "henshin" (bertukar rupa) (adiwira saiz manusia yang bertukar rupa dengan menggayakan badan, dan menggunakan seni mempertahankan diri untuk melawan konco-konco dan raksasa mingguan), serta menghasilkan banyak sekuel sehingga kini. Ishinomori kemudiannya mereka banyak drama adiwira yang serupa, termasuk Android Kikaider, Henshin Ninja Arashi, Inazuman, Robot Keiji, Himitsu Sentai Goranger (siri Super Sentai pertama), Kaiketsu Zubat, Akumaizer 3, Sarutobi Ecchan dan banyak lagi. Beliau juga mereka rancangan kanak-kanak popular seperti Hoshi no Ko Chobin (1974, terbitan usahasama dengan Studio Zero yang berjaya di televisyen Itali), dan Ganbare!! Robocon.

Seni Ishinomori agak mengingatkan seseorang kepada mentor beliau, Osamu Tezuka. Kisah benar pertemuan pertama beliau dengan Tezuka digambarkan dalam sebuah cerpen empat halaman yang dikarang sebagai bahan tambahan untuk cetakan semula manga Astro Boy 1970-an. Sekitar tahun 1955, Ishinomori menghantar hasil kerja beliau kepada satu peraduan yang mencari bakat baru untuk majalah Manga Shonen. Tezuka kagum dengan lukisan beliau lalu meminta Ishinomori untuk membantunya dengan Astro Boy.

Terdapat juga komik adaptasi permainan video The Legend of Zelda: A Link to the Past yang direka untuk majalah A.S. Nintendo Power oleh Ishinomori.

Fail:IshinomoriShotaro hand.jpg
Patung gangsa tangan Ishinomori di halaman luar Muzium Mangattan

Pada akhir tahun 1997, Kazuhiko Shimamoto, seorang mangaka yang muda dan beraspirasi, dihubungi oleh Ishinomori yang semakin uzur lalu meminta kebenaran beliau agar meneruskan (tetapi lebih kepada membikin semula) manga satu jilid Skull Man tahun 1970 (yang menjadi asas kepada Kamen Rider). Ishinomori yang telah menjadi salah seorang idola Shimamoto sewaktu kecil, memfakskan salinan-salinan cadangan kisah an catatan plot kepadanya. Shimamoto teruja kerana dipilih untuk mengusahakan karya agung Ishinomori yang terakhir.

Shimamoto sudah melibatkan diri dalam penghidupan semula antara karya-karya lama Ishinomori yang lain (termasuk Kamen Rider) tetapi tidak pernah diimpikannya bahawa dialah yang terpilih untuk kolaborasi terakhir bersama Ishinomori dan penghiudpan semula Skull Man yang sudah dijadikan anime pada tahun 2007.

Produksi siri televisyen[sunting | sunting sumber]

Anime[sunting | sunting sumber]

Tokusatsu[sunting | sunting sumber]

Produksi di filem[sunting | sunting sumber]

Motif/Tema[sunting | sunting sumber]

  • Wira dengan skarf tersendiri (yang berfungsi seolah-olah mantel kecil)
    • Kamen Rider generasi pertama: Kamen Rider 1 (merah), 2 (merah), V3 (putih), Riderman (kuning), X (jalur hitam kuning dengan huruf X merah), Amazon (putih), Stronger (putih), Skyrider (merah), Super-1 (merah), ZX (hijau)
    • Cyborg 009: Semua Cyborg 00 kecuali 001 (jingga atau kuning)
    • Henshin Ninja Arashi: Hayate (belum bertukar) (jingga), Arashi (bertukar) (ungu)
    • Kaiketsu Zubat (putih)
    • Inazuman (kuning) dan Inazuman Flash (jingga)
    • Akumaizer 3: Zabitan (putih) dan Evil (merah)
    • Choujin Bibyun (sekuel Akumaizer 3): Bibyun (belacu keperangan, biasanya hijau)
  • Antiwira terawal: Skull Man, beberapa aspek Hakaida dalam siri Kikaida, Cyborg 0013 dalam siri Cyborg 009
  • Wira yang separuh manusia (dipengaruhi Astro Boy dan Frankenstein): siri Cyborg 009, Kamen Rider, Kikaider
  • Mata berbentuk bujur/telur: siri Kamen Rider, siri Kikaider, Robot Keiji, siri Henshin Ninja Arashi, Skull Man, siri Inazuman, Evil of Akumaizer 3, siri Choujin Bibyun
  • Tengkorak/rangka: Black Ghost (Cyborg 009), Skull Man, askar gaya Shocker dan Destron (Kamen Rider 1/2/V3), Skull Rider
  • Beberapa orang wira yang kelihatan tidak seberapa kuat menentang pertubuhan jahat yang mendominasi setiap sudut di dunia
  • Ironi mengubah haluan sesiapa yang dimaksudkan berpihak dengan yang jahat kepada memperjuangkan keadilan dan menentukan tujuan hidup yang baru

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "小学館漫画賞:歴代受賞者" (dalam bahasa bahasa Jepun). Shogakukan. http://comics.shogakukan.co.jp/mangasho/rist.html. Capaian 2007-08-19. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]