Shower Posse

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Shower Posse atau 'Pancuran Posse' merupakan kongsi gelap , kumpulan penjenayah di pulau Jamaica diketuai oleh Christopher Coke. Markas utamanya ialah Tivoli Gardens Kingston di Jamaica. Rangkaian penjenayah ini tuut beroperasi di New York , New Jersey , dan Pennsylvania di Amerika Syarikat.

Kumpulan ini teribat dalam pengedaran dadah dari Colombia dan penyeludupan senjata. Ia ditubuhkan sejak 1970an dan disokong/ menyokong aktviti ahli politik Parti Buruh Jamaica. Namanya dikatakan berasal dari janjijanji dan hadiah yang dihamburkan oleh ahli politik. Teori lain Shower Posse bermaksud geng menghujani lawan dengan peluru.

Cabang kongsi gelap ini ditubuhkan di Amerika Utara oleh Vivian Blake dan melakukan pengedaran dadah , termasuk di Toronto , Kanada.

Pada 2009, Amerika Syarikat menuntut supaya Christopher Coke diekstradisi atas tuduhan pengedaran dadah dan senjata. Mulanya , Perdana Menteri Jamaica, Bruce Golding enggan mematuhi kerana melanggar prinsip perundangan. Namun akhirnya pada 23 Mei 2010, beliau mengeluarkan surat perintah akan Coke ditangkap . Akibatnya berlaku Rusuhan Kingston 2010 di mana penyokong , pendokong dan penduduk setinggan mempertahankan markas Coke di Tivoli Gardens, Kingston.

Geng jenayah Jamaica di Amerika[sunting | sunting sumber]

Kumpulan penjenayah rakyat Jamaica di Amerika beroperasi sejak 1976. Namun sejak 1984 barulah ia mendapat perhatian khusus daripada pihak berkuasa undang-undang. Lokasi utama ialah di Florida selatan. Ganja dari Jamaica disebut sebagai 'Emas Jamaica'.

Munculnya kumpulan jenayah ini berikutan ekonomi negara Jamaica merudum . Jamaica merupakan pulau ketiga tersebesar di Caribbean . Sekitat 1960an, permintaan dunia semakin kurang terhadap bauksit - untuk membuat aluminium. Penduduk luat bandar berhijrah ke bandar terutama di Kingston. Mereka memeluk Rastafarian , sebuah agama yang menggunakan ganja dalam meditasi.

Parti Buruh Jamaica (JLP) dan Parti Rakyat Kebangsaan (PNP) menggunakan geng jalanan untuk mempengaruhi proses pilihan raya. Dalam kempen Pilihan raya Jamaica 1980,lebih dari 400 orang terbunuh akibat perselisihan politik. Mereka mencontohi filem aksi dari Barat.Selain dadah, mereka terlibat dalam perdagangan senjata api , penculikan, rompakan, pecah rumah, alien puas-gling dan pencucian wang haram.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]