Shunmugam Jayakumar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Shunmugam Jayakumar

Profesor Shunmugam Jayakumar (lahir 12 Ogos 1939) ialah Timbalan Perdana Menteri Singapura. Beliau juga merupakan Menteri Keselamatan Kebangsaan dan Menteri Undang-Undang republik ini. Beliau dikenali secara rasmi sebagai S Jayakumar. Beliau ialah Ahli Parlimen bagi kawasan Bedok. Dia pernah menjadi Menteri Luar Singapura dari tahun 1994 hingga tahun 2004.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

S. Jayakumar ialah rakyat Singapura berbangsa Tamil India. Beliau menuntut pelajaran di Institusi Raffles dan Universiti Nasional Singapura dan berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kehormat). Dia menjadi peguam pada tahun 1964. Dia kemudian menerima Ijazah Sarjana Undang-undang di Sekolah Undang-undang Yale dan mengajar di Fakulti Undang-undang di Universiti Nasional Singapura. Dia menjadi Dekan Fakulti Undang-undang pada tahun 1974. Dari tahun 1971 hingga 1974, dia berkhidmat sebagai Wakil Tetap Singapura ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dan menjadi Pesuruhjaya Tinggi di Kanada.

Menceburi politik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1980, Jayakumar dipilih menjadi Ahli Parlimen dan kemudian dilantik menjadi Menteri Negara bagi Undang-undang dan Menteri Negara bagi Dalam Negeri pada tahun 1981. Dia menjadi Menteri Buruh pada tahun 1984 dan Menteri Dalam Negeri pada tahun 1985.

Dia dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 12 Ogos 2004 dalam kabinet Perdana Menteri Lee Hsien Loong. Pada 1 September 2005 Jayakumar mengambil alih satu lagi jawatan iaitu Menteri Koordinator bagi Keselamatan Negara untuk menyelia operasi anti-pengganas di Singapura. Beliau mengambil alih tanggungjawab ini daripada Tony Tan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
?
Menteri Undang-undang
1988 – kini
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Lee Hsien Loong
Timbalan Perdana Menteri Singapura
2004 – kini
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Tony Tan
Menteri Koordinator bagi Keselamatan Negara
2004 – kini
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Chua Sian Chin
Menteri Dalam Negeri
1988-1994
Diikuti oleh:
Wong Kan Seng
Didahului oleh
Wong Kan Seng
Menteri Luar Negeri
1994-2004
Diikuti oleh:
George Yeo