Si Luncai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Si Luncai merupakan salah satu bentuk Sastera Rakyat Melayu . Ia merujuk kepada seorang lelaki yang bernama Si Luncai yang mempunyai sifat yang lurus bendul. Kisahnya menceritakan kejadian yang menimpa dirinya.

Cerita lelucuan[sunting | sunting sumber]

Amat menarik mengenai cerita lelucuan adalah ia merupakan satu genera cerita yang terdapat dalam banyak kebudayaan sehinggakan zaman moden. Sebagai contoh Don Quixote dalam kebudayaan Sepanyol, 3 Stooges dalam budaya Amerika Syarikat, Mr Bean dalam budaya British.

Terdapat kemungkinan bahawa genera cerita sebegini merupakan satu cara manusia melepaskan ketegangan dalam kehidupan seharian, atau sebagai cara membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya mereka melakukan apa yang tersemat di dalam hati mereka. Atau satu lagi kemungkinan, ia merupakan sindiran bahawa seseorang itu tidak boleh terlalu jujur / lurus bendul sehinggakan dia diambil kesempatan oleh mereka yang berniat jahat. Walau apapun sebabnya, wujudnya genera cerita sedemikian dalam pelbagai kebudayaan menunjukkan terdapatnya satu persamaan dalam tarikan cerita lelucuan yang merentasi halangan pelbagai budaya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]