Siasatan Pencerobohan Amerika Syarikat dan Britain di Iraq 2003

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Siasatan Iraq atau 'Siasatan Pencerobohan Amerika Syarikat dan Britain di Iraq 2003' telah diadakan di Pusat Persidangan Queen Eliabeth II , London pada 2009-2010. Pada 15 Jun 2009, Perdana Menteri Britain, Gordon Brown mengumumkan penubuhan jawatankuasa menyiasat peranan negara itu dalam Perang Iraq 2003 (Jun 2001 - Julai 2009). Hasil dapatan siasatan terbuka itu akan digunakan dalam Pilihan raya Britian 2010 pada 3 Jun 2010.

Perdana Menteri Britain Tony Blair dan lain-lain dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan panel siasatan. Siasatan ini untuk menentukan sah atau tidak sah mengikut di sisi undang-undang.

Peristiwa 11 September 2001 menjadi titik alasan untuk menyerang negara Islam Iraq itu. Serangan terhadap Afghanistan 2001 dan Iraq 2003. Tema serangan ini ialah 'Memerangani pengganas' dan tiga paksi kejahatan. Tentera Britain dikerah ke Iraq untuk menyokong tentera Amerika Syarikat. Tujuh tahun kemudian, tentera Britain ditarik balik (2009). Seramai 179 anggota tentera Britain yang terbunuh di Iraq. Ibu bapa dan anak saudara yang terbunuh di Iraq telah meminta keadilan.

Ahli panel[sunting | sunting sumber]

  1. Sir John Chilcot (ketua), seorang diplomat dan ahli Butler Review.
  2. Sir Lawrence Freedman, seorang sejarawan ketenteraan, dan Profesor of War Studies di King's College London.
  3. Sir Martin Gilbert, seorang sejarawan yang menyokong pencerobohan ke Iraq .
  4. Sir Roderic Lyne, mantan Duta Britain ke Rusia dan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva. Sebelumnya menjadi setiausaha peribadi Perdana Menteri John Major.
  5. Usha Prashar, seorang crossbencher, ahli Jawatankuasa Bersama Hak Asasi Manusia.

Senarai saksi[sunting | sunting sumber]

  1. Sir Peter Ricketts - Pengerusi Joint Intelligence Committee pada waktu daripada pencerobohan ke Iraq. (saksi pertama yang bermula 24 November 2009.)
  2. Sir William Patey - FCO ketua Jabatan Timur Tengah pada tahun 2003.
  3. Simon Webb - pegawai negeri; pengarah dasar di Kementerian Pertahanan pada tahun 2003
  4. Sir Michael Wood - kepala penasihat undang Foreign and Commonwealth Office pada saat serangan.
  5. Sir William Ehrman - Ketua Pengarah untuk pertahanan dan perisikan di Foreign and Commonwealth Office.
  6. Sir Christopher Meyer - Duta Besar Inggeris ke Amerika Syarikat 1.997-2.003.
  7. Sir Jeremy Greenstock - Duta Besar Inggeris untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa 1.997-2.003.
  8. Sir David Manning - penasihat dasar luar negeri Tony Blair dari 2001-2003
  9. Edward Chaplin - pengarah dasar Timur Tengah, FCO dari 2002-2004
  10. Michael Boyce - Ketua Staf Pertahanan dari 2001-2003
  11. Sir Kevin Tebbit - Permanent Under-Secretary untuk Jabatan Pertahanan dari 1998-2005
  12. Mejar Jeneral David Wilson - British penasihat Komando Pusat Tentera Darat Amerika Syarikat pada tahun 2002
  13. Leftenan Jeneral Sir Anthony Pigott - Timbalan Ketua Staf Pertahanan (Komitmen) 2.000-2.002.
  14. Dominic Asquith - pengarah untuk Iraq, FCO dari 2004-2006; Duta Besar Inggeris untuk Iraq, 2006-2007.
  15. Mejar Jeneral Pasukan Cross - wakil Inggeris ke Koalisi Sementara dan kemudiannya Jeneral Officer Komander Pasukan Teater, Iraq.
  16. Sir John Scarlett - Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Gabungan dari 2001-2004; Kepala Badan Intelijen Rahasia 2.004-2.009.
  17. Sir Suma Chakrabarti - setiausaha kekal, Jabatan Pembangunan Antarabangsa 2.002-2.007.
  18. Marsekal Sir Brian Burridge - Komander pasukan Inggeris, Iraq pada tahun 2003 (kemudiannya memegang pangkat Marsekal)
  19. Leftenan Jeneral Freddie Viggers - Senior Representatif Tentera Inggeris, Iraq.
  20. Sir Hilary Synnott - koordinator serantau untuk Southern Iraq, Koalisi Sementara.
  21. Leftenan Jeneral Sir Graeme Lamb - komander pasukan multinasional di Iraq selatan-timur pada tahun 2003; kemudian Junior Representatif Tentera Inggeris, Iraq.
  22. Sir John Sawers - penasihat dasar luar negeri Tony Blair; kemudian Kepala Badan Perisikan Rahsia.
  23. Leftenan Jeneral Sir John Kiszely - Ketenteraan Senior Representatif, Iraq 2004-2005.
  24. Leftenan Jeneral Jonathon Riley - komander divisyen pasukan multinasional di selatan Iraq, 2004-2005.
  25. Sir Jeremy Greenstock - Duta Besar Inggeris untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa 1997-2003.
  26. Sir John Sawers - penasihat dasar luar negeri Tony Blair; kemudian Kepala Badan Perisikan Rahsia.
  27. Jim Drummond - Iraq pengarah, Department for International Development, 2003-2005
  28. Sir William Patey - FCO ketua Jabatan Timur Tengah pada tahun 2003; kemudian Duta Besar Inggeris untuk Iraq.
  29. Jeneral Sir Peter Wall - Komander, 1 UK Bahagian pada tahun 2003; kemudian Timbalan Ketua Staf Umum.
  30. Christopher Prentice - Duta Besar Inggeris untuk Iraq, 2007-2009.
  31. Simon McDonald - penasihat dasar luar negeri Gordon Brown.
  32. Leftenan Jeneral Barney White-Spunner - General Officer Komander, Divisyen Multinasional, Iraq Tenggara, 2008-2009
  33. Peter Watkins - Jabatan Pertahanan PNS
  34. Leftenan Jeneral Richard Shirreff - General Officer Komander, Divisyen Multinasional, Iraq Tenggara Julai 2006-Januari 2007
  35. Alistair Campbell - Pengarah Komunikasi dan Bollywood untuk Tony Blair.
  36. Lord Andrew Turnbull - bekas Ketua Her Majesty's Civil Service.
  37. Mejar Jeneral Graham Cuthbert Binns - General Officer commanding, 1 Divisyen lapis baja, 2007-2008
  38. Jeneral Sir John Reith - Chief of Joint Operation, 2001-2004.
  39. Jonathan Powell - mantan kepala kakitangan untuk Tony Blair.
  40. Geoff Hoon MP - Setiausaha Negara untuk Pertahanan, 1999-2005.
  41. Sir David Omand - koordinator risikan, Jabatan Pertahanan, 2002-2005.
  42. Jack Straw MP - Setiausaha Negara untuk Hal Ehwal Luar Negeri dan Komanwel, 2001-2006.
  43. Des Browne MP - Setiausaha Negara untuk Pertahanan, April 2006-Oktober 2008.
  44. John Hutton MP - Setiausaha Negara untuk Pertahanan, October 2008-Jun 2009.
  45. Sir Michael Wood - Ketua Penasihat Undang-undang, Foreign and Commonwealth Office; 2001-2006.
  46. Elizabeth Wilmshurst - Timbalan Ketua Penasihat Undang-undang, Foreign and Commonwealth Office di pusingan ke pencerobohan.
  47. Lord Peter Goldsmith - British Jaksa Agung, 2001-2007.

Keterangan Michael Wood[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Januari 2010, Michael Wood , bekas peguam kanan British memberitahu bahawa pencerobohan Amerika Syarikat di Iraq pada 2003 adalah tidak sah serta menyalahi undang-undang.[1]

Keterangan Tony Blair[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Janujari 2010, Tony Blair membneri keterangan . Beliau bertanggungjawab dan mempertahankan tindakan menvceroboh Iraq pada 2003 dan menggulingkan Presiden Iraq, Saddam Hussein. Ketika itu Saddan dilihat sebagai raksasa yang mengancam Timjur Tengah tetapi juga dunia. Tidak ada ‘sulit’ dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu, George W. Bush berhubung perang tersebut. Maklumat daripada perisik diyakinkan bahawa Iraq mempunyai senjata pemusnah besar-besaran (WMD). Tiada perjanjian sulit untuk menyerang Iraq dalam pertemuan dengan George W Bush di Crawford, Texas pada 2002. Pertemuan itu diadakan 11 bulan sebelum Parlimen Britain memilih untuk menceroboh Iraq. Tony Blair beritahu Bush bahawa Britain akan bersamanya dalam menghadapi dan berdepan ancaman senjata pemusnah besar-besaran Iraq.[2]

Selepas[sunting | sunting sumber]

  • Mejar Nidal Malik Hasan telah melepaskan tebakan rambang dan mengorbankan 13 mangsa serta mencederakan 30 yang lain di Kem tentera Fort Hood, Texas.Timbul prejudis bahawa mereka yang mengamalkan ajaran Islam adalah pengganas.10-15 % tentera askar Amerika yang bertugas di Iraq dan Afghanistan mengalami tekanan mental atau sakit jiwa .[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]