Sidang Kemuncak Asia Timur
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sidang Kemuncak Asia Timur (Bahasa Inggeris:East Asia Summit, EAS) adalah suatu forum yang diadakan setiap tahun oleh para pemimpin enam belas negara di kawasan Asia Timur. Pertemuan ini diadakan setelah pertemuan tahunan para pemimpin ASEAN dan diikuti mesyuarat oleh kesepuluh negara ASEAN ditambah China, Jepun, Korea Selatan, India, Australia dan New Zealand. EAS pertama kali diselenggarakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 14 Disember 2005.