Sifu & Tongga
| Sifu & Tongga | |
|---|---|
Poster Filem Sifu & Tongga |
|
| Pengarah | Prof Madya A.Razak Mohaideen |
| Penerbit | Latif Mohaideen |
| Lakonan | Saiful Apek Nabil Fauziah Ghous Erra Fazira Azad Jasmin Piee Rozita Che Wan |
| Sinematografi | Mohd Erman |
| Negara | |
| Bahasa | Bahasa Malaysia |
Sifu & Tongga ialah sebuah filem komedi arahan , Prof Madya A.Razak Mohaideen yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 29 Januari 2009. Filem ini dibintangi oleh Saiful Apek, Nabil dan Erra Fazira.Filem ini juga turut bertanding pada Festival Filem Malaysia Ke-22.[1]
Isi kandungan |
Plot [sunting]
Filem ini menceritakan rintangan-rintangan yang dihadapi Sifu dan Tongga sepanjang perjalanan mereka untuk menyelamatkan Mila seperti perjalanan mereka ke Bandar, lari daripada penjara, kelaparan dan akhirnya berjaya menyelamatkan Mila. Filem ini bermula dengan pemburuan Mama Tammy dan Izaq untuk mencari orang-orang Watson yang masih hidup. Izaq telah menculik Mila dengan menggunakan helikopter dan telah membawanya ke Bandar. Chief iaitu ketua kepada keturunan Watson berasa sangat sedih apabila mengetahui yang Mila telah diculik. Kerana terlalu bersimpati dengan kesedihan yang dihadapi oleh chief, Sifu dan kawan baiknya, Tongga berjanji akan menyelamatkan Mila. Sifu memiliki keistimewaan untuk berkomunikasi dengan dunia ghaib untuk mendapat panduan. Ini telah membantunya untuk meninggalkan hutan yang selamat untuk pergi tempat yang penuh dengan cabaran dan moden di Kuala Lumpur. Kerana tidak pernah keluar dari hutan,Sifu dan Tongga tidak pernah melihat kerusi, kereta, komputer, motor, tandas dan pelbagai alatan canggih yang telah tercipta pada zaman ini. SIFU & TONGGA adalah sebuah filem yang sangat menarik yang akan menarik minat semua lapisan masyarakat.
Pelakon [sunting]
- Saiful Apek sebagai Sifu (Pelakon Utama)
- Nabil sebagai Tongga (Pelakon Utama)
- Fauziah Ghous sebagai Mila (Pelakon Utama)
- Erra Fazira sebagai Tammy (Pelakon Utama)
- Azad Jasmin sebagai Azad (Pelakon Utama)
- Piee sebagai Chief (Pelakon Pembantu)
- Rozita Che Wan sebagai Pegawai Polis (Pelakon Pembantu)
- Along Cham sebagai Pegawai Polis 2 (Pelakon Pembantu)
- Dato Jalaluddin Hassan sebagai Director Of Human Rights Association (Pelakon Pembantu)
- Azwan Ali sebagai Mak Nyak ATM Machine (Artis Jemputan)
- Shamsul Ghau-Ghau sebagai Jurujual Kedai Elektrikal (Artis Jemputan)
- Jaafar Onn sebagai Pelayan Kedai Makan (Artis Jemputan)
- Adrea Abdullah sebagai Wartawan (Artis Jemputan)
- Din Beramboi sebagai Jurujual Butik (Artis Jemputan)
- Ruminah Sidek sebagai Makcik Tua (Artis Jemputan)
- Iqram Dinzly sebagai Ketua Mat Rempit (Artis Jemputan)
- Nana AF1 sebagai Pengacaraan Program Pelik Tapi Benar (Artis Jemputan)
Pencapaian [sunting]
Festival Filem Malaysia Ke-22,3 pencalonan
- Filem Komedi Terbaik
- Pereka Kostum/Busana Terbaik-Amandus
- Pelakon Harapan Lelaki -Nabil