Sigai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Sigai adalah singkatan nama Sifir Garis Itamta.Sigai juga merupakan satu inovasi dalam rekreasi Matematik.Kaedah sigai melibatkan pengiraan menggunakan garisan menegak dan melintang bagi mendapatkan jawapan dalam operasi darab atau bahagi tanpa perlu menghafal sifir 2 hingga 9.Sigai dicipta untuk mengatasi masalah murid yang tidak menguasai fakta asas darab dan bahagi.Sigai untuk murid sekolah rendah dan perlu menguasai Sigai Fasa 1,Sigai Fasa 2 dan Sigai Fasa 3.Sigai Fasa 1 melibatkan kiraan 1 digit darab atau bahagi dengan 1 digit,Fasa 2 melibatkan 2 digit dan Fasa 3 melibatkan 3 digit.

Makna Sigai[sunting | sunting sumber]

  1. pasak yg dipasang pd tiang dll utk tempat berpijak ketika memanjat.
  2. tangga ~ tangga drpd buluh atau kayu yg mempunyai cabang atau pasak tempat berpijak. bersigai ada sigainya.
  3. dalam bahasa Tamil sigai bermakna andaman rambut
  4. sigai bermaksud sifir garis itamta yang merupakan satu kaedah yang melibatkan lakaran garisan menegak dan melintang yang hampir menyerupai tangga bagi mendapatkan jawapan dalam operasi darab (membilang jumlah titik persilangan) dan bahagi (mengira garisan melintang yang melalui titik-titik selari) tanpa perlu menghafal sifir 2 hingga 9

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sigai dicipta oleh Encik Itamta bin Harun, PPT Guru Besar SK.Kati Kuala Kangsar. Kaedah sigai ditemui semasa beliau menyampaikan ceramah Matematik di SK.Jalong, Sg.Siput(U) dalam Program Gerak Gempur Matematik anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar,Perak. Beliau dicabar oleh seorang guru wanita di sekolah tersebut bagaimana cara atau kaedah penghafalan sifir tanpa perlu menghafal atau mengingat sifir 2 hingga 9. Akhirnya beliau mencuba beberapa kali dengan melakar garisan menegak dan melintang Fasa 1 maka terciptalah Sifir Garis Itamta atau singkatannya Sigai. Semasa itu beliau bertugas sebagai Guru Besar SK.Sg.Siput( 1993-1997).

Fasa 2 dan pengenalan konsep sigai kepada digit sifar ditemui semasa beliau mennyampaikan ceramah di Pusat Kegiatan Guru Manong, apabila seorang guru lelaki meminta bagaimana kaedah sigai yang melibatkan digit sifar (kosong). Semasa itu beliau bertugas sebagai Guru Besar SK.Manong (1998-2000) dan Pengerusi Panitia Matematik Daerah Kuala Kangsar. Pada 01.01.2001 terciptalah sepenuhnya Kaedah Sigai yang melibatkan Fasa 3 dan operasi bahagi. Pada 13.11.2001 beliau menyertai Pertandingan Anugerah Gemilang Akademik anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Perak di mana beliau telah menerima Anugerah Penghargaan sempena Hari Guru Negeri Perak 2001. Semasa itu beliau bertugas sebagai Guru Besar SK.Talang (2001-2006 dan 2008-2010) dan Guru Besar SK.Bendang Kering (2007)

Objektif[sunting | sunting sumber]

  1. Membantu pembelajaran Matematik bagi murid yang menghadapi masalah Numerasi
  2. Membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan berkesan
  3. Murid-murid dapat menguasai operasi darab dan bahagi tanpa perlu menghafal sifir
  4. Membantu murid Pra Sekolah/Tadika,Tahap 1, Pemulihan Khas dan Pendidikan Khas yang menghadapi masalah pembelajaran Linus (Numerasi) Matematik
  5. Murid-murid merasai keseronokan belajar Matematik sebagai satu elemen didik hibur

Sigai Kit[sunting | sunting sumber]

Sigai kit adalah sejenis alat atau bahan bantu belajar untuk murid mencari jawapan dalam oprasi darab 1 digit darab dengan 1 digit.Sigai kit dibuat daripada 18 keping bahan lut sinar yang mengandungi lakaran 1 garisan hingga 9 garisan menegak dan melintang.9 keping berwarna merah jambu mempunyai lakaran garisan menegak 1 hingga 9 dan 9 keping berwarna biru menggambarkan lakaran 9 garisan melintang 1 hingga 9.Apabila kepingan dicantumkan mengikut soalan berkaitan pendaraban, ia akan menemui jawapan setelah mengira jumlah titik-titik persilangan antara pertemuan garisan menegak dan melintang tanpa perlu menghafal sifir.Sigai kit juga merupakan salah satu kaedah di mana murid-murid dapat menguasai operasi darab dan bahagi tanpa perlu menghafal sifir. Ia juga di kenali sebagai Sigai. SIGAI adalah singkatan nama SIfir Garis Itamta. [1] Jika murid pengguna atau murid tidak mahu menggunakan Sigai Kit,mereka boleh melakar garisan melintang dan menegak bagi mendapatkan jawapan dalam operasi darab dan bahagi. Nama Sigai Kit di ambil bersempena dengan makna perkataan sigai iaitu tangga. Lakaran kaedah sigai hampir menyerupai tangga. Ini amat bersesuai nama kaedah sigai yang sinonim dengan tangga.Sigai Kit telah memenangi beberapa anugerah inovasi di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]