Siklon Tracy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Siklon Tracy hampir bertemu daratan di Darwin. Garisan kuning menunjukkan sempadan darat-laut

Siklon Tracy ialah sebuah siklon tropika yang melanda dan memusnahkan bandar Darwin, Wilayah Utara di Wilayah Utara Australia. Tracy membadai bermula 24 hingga 25 Disember (Hari Krismas) 1974. Siklon ini merupakan siklon yang paling kompak yang dicatatkan di lembangan Australia, dengan angin kuasa ribut (gale-force winds) melewati hanya 48 km dari pusat; malah ribut ini merupakan sistem ribut paling kompak di dunia sehinggalah kemunculan Ribut Tropika Marco semasa musim hurikan tahun itu memecahkan rekod, dengan angin kuasa ribut elewati hanya 19 km dari pusat.[1][2] Selepas membentuk di Laut Arafura, ribut bergerak ke arah selatan dan menjejaskan bandar Darwin dengan angin Kategori 4 mengikut skala kekuatan siklon Australia, mahupun terdapat bukti yang menggambarkan bahawa ribut ini mencapai Kategori 3 mengikut Skala Hurikan apabila ia bertemu daratan.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "FAQ : HURRICANES, TYPHOONS, AND TROPICAL CYCLONES". Atlantic Oceanographic and Meteorological Laboratory. National Oceanic and Atmospheric Administration. 29 May 2009. Diperoleh pada 29 May 2009. 
  2. "Tropical Cyclone Structure". JetStream. National Oceanic and Atmospheric Administration. 19 October 2005. Diperoleh pada 24 March 2006. 
  3. "International Best Track Archive for Climate Stewardship (HURDAT format)". http://www.ncdc.noaa.gov/oa/ibtracs/index.php. National Climatic Data Center. Diperoleh pada 29 December 2008. 


Ciptakan templat Tunas-meteorologi
 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.