Silat Awang Sulong Merah Muda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Seni Silat Awang Sulung Merah Muda diasaskan oleh seorang tokoh bernama Awang Sulong Merah Muda yang dikatakan pernah hidup di negeri Perak dan Kedah, Malaysia.

Seni Silat Awang Sulung Merah Muda ini diperturunkan kepada seorang pengasas Allahyarham Tuan Haji Shafie bin Zahid. Beliau merupakan Pawang Diraja Sultan Perak dan telah berguru dengan beberapa orang guru silat dari Patani.[perlu rujukan]

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Seni Silat Awang SuIung Merah Muda berasaI dari Siam Pattani dan telah diasaskan oleh seorang wanita bemama Semerah. Pada asalnya ia berdasarkan kepada Kacak Hati yakni ilham yang terhasil daripada pergerakkan haiwan dan tumbuhan yang melata di muka bumi. Adalah dipercayai bahawa silat ini berusia sekitar 300 tahun dahulu. Semerah merupakan seorang gadis yang mempunyai seorang adik angkat bernama Awang yang berasal dari keturunan Diraja Siam. Dia telah melarikan diri dari istana kerana sikap ibu tirinya yang kejam. Kemudian telah dilslamkan oleh bapa angkatnya iaitu Wok Long Naidam.[perlu rujukan]

Pada satu ketika, Semerah telah diganggu oIeh sekumpulan pemuda yang bemiat jahat terhadapnya semasa dia mandi di anak sungai berdekatan dengan hutan yang tebal. Secara tidak langsung terhasilah gerak bela diri yang pertama mengikut pergerakan baiwan yang dipelajarinya di dalam hutan. Selepas daripada peristiwa itu, Semerah pun memberitahu akan kejadian tersebut kepada bapanya. Bapanya merasa hairan bagaimanakah seorang wanita yang lemah dapat menewaskan musuh yang ramai dan gagah itu. Lalu diceritakanlah akan peristiwa dia menewaskan musuh-musuhnya tadi. Maka fahamlah Wak Long Naidam akan apa yang telah teljadi kepada anaknya. Lantaran itu, diarahnya Semerah agar mengajarkan ilmu tersebut kepada adik angkatnya, Awang walaupun pada masa itu seni itu tidak ada nama yang khusus.

Pada usia Awang berumur 18 tahun, beliau telah diuji oleh seorang Panglima Raja yang sombong lagaknya. Biduk Berlalu Kiambang Bertaut, begitulah tindakan yang disambut oleh Awang dengan mengalahkan Panglima Raja itu. Maka, terciptalah seni bela diri ini dengan nama Awang Sulung Merah Muda. Ia merupakan gabungan namanya serta kakaknya dan bergelar pendekar muda pada usia 18 tahun. Mengikut riwayat lain, nama Awang Sulung Merah Muda ini diberikan oleh ayahanda beliau kerana ketika beliau dilahirkan, warna tubuhnya merah muda tidak deperti kanak-kanak yang lain.

Kaedah yang terdapat di dalam seni beladiri ini adaIah tempur yang sebenar yang juga digunakan oleh tentera siam dahulu ka1a. Seni Silat Awang Sulung Merah Muda terbabagi kepada beberapa peringkat pembelajaran dari segi seni dan teknik seperti :

  • HELANG BERBEGA
  • AYAM TURUN SARANG
  • ­HELANG MENYUSUR ANGIN
  • PUYUH BERLARI
  • KUCING HUTAN BERMAIN DAUN
  • GAGAK DI RIMBA
  • AYAM SABUNG KALAH BERLARI
  • HARIMAU MENYUSUR AKAR
  • ITIK MENYUDU
  • KERBAU BERLAGA
  • GAJAH BERTEMPUR
  • ASYURA PAKSI
  • TERJAHAN SAWA
  • KELAWAR TIDUR
  • PATAH RANTING
  • SAPUAN DAYUNG

Dan bagi tahap tertinggi, HANUMAN SI MONYET PUTIH.

Menerusi beberapa generasi ia telah dipengaruhi oleb adat dan budaya bangsa Melayu. Namun teknik pukulannya masih lagi asli dan menjadi misteri kepada sesiapa yang tidak mempelajarinya. Ia dapat menumpaskan musuh pada jarak yang paling rapat yang tidak terduga oleh akal dan fikiran. Seperti dalam lif dan di tempat-tempat yang sempit dan ia tidak menggunakan tenaga yang banyak.[perlu rujukan]

Sejarah Persatuan Seni Silat Awang Sulung Merah Muda di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pengasas Seni Silat Awang Sulung Merah Muda (PSSASMM) ialah Allahyarham Tuan Haji Shafie bin Zahid. Beliau ialah seorang Pawang Diraja Sultan Perak dan telah berguru dengan beberapa orang guru silat yang berbangsa Siam Patani. Pada awal tahun 1969, Allahyarham Tuan Haji Shafie bin Zahid telah mengijazahkan ilmu persilatan ini kepada anak saudara beliau yang mana merupakan Guru Utama Persatuan ini iaitu Tuan Guru Encik Azmi bin Abd Hamid. Turut serta mendalami ilmu persilatan ini pada ketika itu ialah adik kembar Tuan Guru Azmi Abd Hamid iaitu Encik Azli Abd Hamid serta anak lelaki Allahyarham Tuan Haji Shafie bin Zahid iaitu Encik Azman bin Haji Shafie serta seorang anak angkat. Gelanggang persilatan ini pada ketika itu ialah di kediaman Allahyarham Tuan Haji Shafie bin Zahid sendiri yang terletak di Kampong Manjoi, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Pada tahun 1983, setelah diijazahkan sebagai Guru Utama maka Tuan Guru Azmi Abd Hamid mengambil keputusan untuk berpindah ke daerah Kulim kerana mengikut keluarganya dan mengembangkan ilmu Seni Silat Awang Sulung Merah Muda ini kepada penduduk berdekatan di Kampung Simpang Tiga Keladi, Kulim, Kedah Darul Aman. Berkat ketekunan dan kesungguhan beliau penuntut persilatan ini semakin bertambah. Anak murid beliau juga sering dijemput untuk mengadakan persembahan silat di majlis perkahwinan dan program anjuran Pejabat Belia & Sukan Daerah Kulim.

Semakin hari bilangan penuntut silat ini semakin bertambah dan aktiviti luaran yang melibatkan program bersama Pejabat Belia & Sukan seringkali dihadiri. Menyedari hakikat bahawa kumpulan silat ini belum berdaftar maka dengan inisiatif dan sokongan Pegawai Belia & Sukan Daerah Kulim pada ketika itu, Encik Razali bin Haji Rashidi maka kumpulan silat ini telah didaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Kedah/Perlis pada awal tahun 2000 dengan jumlah keahlian seramai 35 orang.

Sehingga kini keahlian semakin bertambah dengan tertubuhnya gelanggang-gelanggang cawangan baru di kawasan daerah Kulim ini. Sekarang ini, terdapat cawangan yang baru ditubuhkan iaitu di Damansara.

Peringkat[sunting | sunting sumber]

Peringkatbengkung1.jpg

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Majalah Seni Beladiri keluaran April 2009, m/s 4 hingga 10.
  • Laman Web PSSASMM _http://users.cjb.net/awangsulung/index.htm_