Silat Kuntau Selendang Merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Seni Silat Kuntau Selendang Merah merupakan sejenis ilmu beladiri yang berkait dengan keadaan semasa masa kini. Latihannya mencirikan teknik tempur tanpa senjata (tangan kosong) yang bercorak laga sebenar dengan mengambil faktor penting keselamatan pemain/ pesilat. Ianya mudah dan senang untuk dipelajari dengan keadaan rumah yang stabil dan kukuh mengikut fizikal seseorang. Lazimnya seseorang yang mempelajari silat ini dengan tekun akan mengambil masa selama hampir 6 bulan sahaja untuk menguasai tahap 1 beserta laga.

Tidak mengira peringkat umur seseorang untuk mempelajari silat ini kerana setiap peringkat bergantung kaedah pengajarannya. Intipati silat ini bukan sahaja menerusi latihan fizikal sahaja ianya lebih dari itu. Konsep ketaatan haruslah difahami dan dihayati oleh seseorang yang ingin bergelar ahlinya dan ini membentuk JATIDIRI SEJATI UNGGUL. Maksud jatidiri di sini ialah menjadikan seseorang bertanggungjawab untuk menjaga maruah diri, ibubapa dan keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.

TAHAP 1[sunting | sunting sumber]

  1. Peringkat Kuntau 1
  2. Peringkat Kuntau 2
  3. Peringkat Kuntau 3

TAHAP 2[sunting | sunting sumber]

  1. Peringkat Kuntau 4
  2. Peringkat Kuntau 5
  3. Peringkat Kuntau 6

TAHAP 3[sunting | sunting sumber]

  1. Peringkat Kuntau 7
  2. Peringkat Kuntau 8
  3. Peringkat Kuntau 9

Pengisian Latihan[sunting | sunting sumber]

Setiap ahli wajib menguasai laga/ teknik tempur tanpa senjata (tts) cara Kuntau yang melatih ahli-ahlinya berlaga (Sparing) menggunakan glove. Latihan ini memberikan kesan yg amat mendalam pada ahli, kerana ianya berkonsepkan real fighter.


TAHAP SENJATA[sunting | sunting sumber]

  1. Peringkat Kuntau Tongkat
  2. Peringkat Kuntau Pisau/ Keris
  3. Peringkat Kuntau Parang
  4. Peringkat Kuntau Pedang


Pengisian Latihan[sunting | sunting sumber]

Untuk diperingkat ini, setiap ahli mestilah seorang yg berjaya menguasai semua peringkat kuntau 1 hinggalah ke peringkat kuntau 9. Disiplin menjadi tunjang utama kepada pencapaian seseorang dalam berjaya ke peringkat ini.

TAHAP LIAN (peringkat tertinggi)[sunting | sunting sumber]

1) Peringkat Kuntau Lian 1-9


Pautan luar[sunting | sunting sumber]