Silat Lokma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Silat Lokma ialah sebuah Perguruan Silat yang bergerak di Sarawak.

Silat ini telah dibawa ke Kuching, Sarawak oleh Haji Paris bin Haji Mohammad dari Pulau Sarasan, Indonesia. Kemudiannya, silat ini telah dikembangkan oleh anak beliau, Hj Perhi bin Hj Paris dari awal tahun 1960-an hingga pertengahan tahun 1970-an. Seterusnya tugas mengajar diambl alih oleh murid kanan Hj Perhi iaitu Hj Arpan Molana bin Derin sehingga beliau berhenti mengajar pada tahun 1987. Selepas itu, tugas mengajar silat ini diambil alih oleh Hj Khairuddin, anak saudara Hj Perhi. Beliau belajar silat ini dengan Hj Perhi dqn Hj Arpan.

Silat ini melatih ahlinya untuk membela diri dalam semua keadaan sama ada berdiri, duduk bertinggung, duduk, merangkak, baring dan meniarap. Silat ini tidak menggunakan teknik patah dan tangkap dengan tangan. Senjata tradisional yang perlu dipelajari adalah taipi cincin, tembong, tongkat, kayu dua, pisau, keris, kerambit, rantai, pinang layang, parang dan tombak.

Sukatan pelajaran[sunting | sunting sumber]

Peringkat asas[sunting | sunting sumber]

Peringkat Satu

  1. Latihan melentur dan melembut badan
  2. Latihan kekuatan dan imbang
  3. latihan jatuh

Peringkat dua

  1. Latihan pelampas asas
  2. Latihan gerak badan

Peringkat tiga

  1. Latihan pelampas jalan
  2. Latihan jatuh serta tendang

Peringkat empat

  1. Latihan pelebat 1 - 7
  2. Latihan bunga (jatuh tepi dan tiong)
  3. Latihan pelampas pasangan

Peringkat lima

  1. Latihan buah induk

Peringkat enam

  1. Latihan buah berdiri selari
  2. Latihan buah duduk - bertinggung, lokma, bersila
  3. Latihan buah bring
  4. Latihan buah meniarap

Peringkat tujuh

  1. Latihan buah pecah
  2. Latihan gerak, langkah
  3. Latihan senjata - tembong, pisau, taipi cincin
  4. Latihan mempertahankan diri dari serangan 2 hingga 4 orang
  5. Latihan buah serang

Peringkat tinggi[sunting | sunting sumber]

Peringkat lapan

  1. Latihan kecepatan
  2. Curi gerak

Peringkat sembilan

  1. Latihan tahan pukul
  2. Latihan mempertahankan diri dari serangan lebih 4 orang
  3. Latihan senjata tradisi - keris, parang, kayu dua, tongkat, kerambit dan pinang layang

Peringkat sepuluh

  1. Latihan serang lebih dari satu
  2. Latihan mempertahankan diri dari senjata lebih dari satu
  3. Ujian akhir

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Majalah Pendekar, Januari 1995, m/s 36-39