Silat Melayu Asli Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Silat Melayu Asli Sarawak ialah sebuah Perguruan Silat yang bergerak di Sarawak. Silat ini dikatakan berasal dari Sambas, Kalimantan, Indonesia dan dibawa masuk ke Sarawak oleh seorang ahli perniagaan bernama Jeraie. Silat ini boleh dikategorikan sebagai jenis silat pukulan kerana ia menitikberatkan pelajaran buah pukulan. Silat ini mengandungi 12 jenis pukulan yang dinamakan Spring 12. Antara 12 pukulan tersebut temasuklah pukulan Cekak, Kiabu, Betawi, Hailam dan Hantu Bangkit.

Sukatan pelajaran[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan sukatan pelajaran silat ini.

Peringkat Pelajaran
Pertama Belebat-seturut, sumbang, sepak tinggi, sepak bawah, tumbuk serta sepak
Kedua Seni Bunga
Ketiga Mengenal induk pukulan
Keempat Berlapis/berlaga
Kelima Keputusan guru



Silat ini kemudian diteruskan oleh anak murid Pak Jeraie iaitu Guru Pak Bojeng Bin Sham yang menetap di Kampung Patingan, Jalan Tanjung Selatan, Kampong No 6, Kuching, Sarawak. (http://pencaksilatmelayuasli.blogspot.com/)

Setelah meninggalnya Guru Pak Bojeng Pada Lewat 1980an tugas ini telah diamanahkan kepada anak bongsu beliau iaitu Guru Hazemi Bin Bojeng atau dikenali sebagai Pak Imei atau pak mei. Beliau kini menetap di Kampung Sourabaya, Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

Legasi Ilmu Persilatan ini yang dikenali sebagai Pencak Silat Melayu Asli (PSMA) Spring12 diteruskan oleh anak saudara Pak Imei iaitu Guru Kustadinata Bin Mazlan. Beliau adalah anak ke 4 dari anak sulung Almarhum Guru Pak Bojeng, iaitu Mazlan Bin Bojeng.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Majalah Pendekar, Disember 1992, m/s 14-17