Silat Panding Juan Stan Maakat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Silat Panding Juan Sutan Maakat ialah sebuah Perguruan Silat yang bergerak di negeri Pahang. Silat ini dikatakan berasal dari Desa Limau Hantu, Pasir Sampan, Kota Tujuh, Pariaman, Padang, Sumatera, Indonesia. Ia telah dibawa ke Pahang oleh Allahyarham Haji Sutan Maakat bin Sutan Selan pada sekitar tahun 1903.

Di Pahang, silat ini telah berkembang pesat terutamanya di daerah Temerloh. Boleh dikatakan sekitar tahun 1920-an sehingga tahun 1970-an, silat ini merupakan anatara salah satu perguruan silat yang paling polular di negeri Pahang. Gelanggang silat Panding Juan Sutan Maakat tumbuh bagai cendawan selepas hujan di kampung-kampung seperti di Bintang, Paya Banir, Paya Jejawi, Sanggang, Bangau, Teluk Ira, Teluk Mengkuang, Lancang, Purun ., Kerdau, Lipat Kajang dan banyak lagi.

Di antara murid Haji Sutan Maakat yang terkenal dan banyak membuka gelangang silat adalah seperti berikut:-

  1. Haji Nong Bai Ahmad
  2. Mohd Sharif bin Sutan Maakat
  3. Idris bin Sutan Maakat
  4. Sudin bin Sutan Maakat
  5. Haji Lebai Ibrahim Bintang
  6. Lebai Said Berhala Gantang
  7. Haji Ibrahim Belangka
  8. Pendekar Mohd Amin Bintang
  9. Haji Mohd Amin Paya Banir
  10. Haji Omar Purun
  11. Pak We Hassan Sanggang
  12. Saleh Kerdau

Sukatan pelajaran[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan sukatan pelajaran silat ini.

Bilangan Pelajaran Tempoh
1 Belebat 1, 2 , lebat lepek dan jalan medan 14 malam
2 Kincir 7 malam
3 Tepek Belakang & Parang 7 malam
4 Samun Lima 7 malam
5 Sambung samun lima ditambah pusing akhir untuk kunci langkah 7 malam
6 Ulangi samun lima, sebelit, kekuda depan dan pusing akhir 4 malam
7 Gerpak, Rujeh, Barut,Tebar dan Lancar 17 malam
8 Terbang, Sembah Lela, Bunga Silat dan Lagak Seni serta ujian medan 17 malam
9 Golek dan buah golek serta tingkat medan 10 malam

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Majalah Pendekar, Januari 1995, ms 14-16