Silene stenophylla

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Silene stenophylla
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Core eudicots
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
S. stenophylla
Nama binomial
Silene stenophylla
Ledeb., (1842)

Silene stenophylla ialah sejenis spesies pokok berbunga masih wujud dalam ganus Silene, keluarga Caryophyllaceae. Pada 2012, sampel beku spesies ini, dianggarkan setua 32,000 tahun melalui pentarikhan radiokarbon, diumumkan telah berjaya dijana semula.

Habitat[sunting | sunting sumber]

S. stenophylla tumbuh di tundra Artik di timur jauh Siberia dan pergunungan utara Jepun.[1]

Penemuan tinggalan beku[sunting | sunting sumber]

Pada 2007, benih Silene stenophylla beku ditemui di kawasan Kolyma di Siberia, dalam kawasan taburan pokok ini hari ini.[2] Menggunakan pentarikhan radiokarbon, umur benih ini dianggarkan antara 20,000 hingga 40,000 tahun lampau, iaitu ketika epok Pleistosen.[2] Embrio benih ini rosak, kemungkinannya disebabkan oleh aktiviti haiwan, khususnya tupai tanah yang mungkin menanamnya.[2]

Pada 2012, satu pasukan ahli sains daripada Institut Biofizik Sel Akademi Sains Rusta berjaya menjana semula spesimen buah yang telah beku selama 31,800 (±300) tahun mengikut pentarikhan radiokarbon.[3][4][5] Pencapaian ini bagaimanapun belum disahkan secara bebas, dan dakwaan penjanaan semula sebelum ini gagal disahkan selepas penelitian.[6] Jika dibuktikan benar, kejayaan ini akan menjadi bahan tumbuhan paling tua dapat dihidupkan semula, mengatasi rekod sebelum ini 2000 tahun oleh biji kurma.[3] Pasukan ini, yang diketuai David Gilichensky, menggunakan bahan yang dijumpai di lebih kurang 70 lubang hibernasi purba yang dikorek tupai tanah Urocitellus di Duvanny Yar, berhampiran tebing Sungai Kolyma bawah.[3][6] Lubang ini dijumpai 20–40 meter di bawah permukaan tanah hari ini.[3] Lebih 600,000 buah dan benih dijumpai di kawasan ini.[6]

Pada mulanya, para penyelidik cuba mencambahkan biji matang daripada buah.[3] Apabila ini gagal, mereka mencuba dengan buah itu sendiri dan dapat mengkultur pokok dewasa daripada tisu plasenta.[3] Para penyelidik mendapat 36 spesimen daripada tisu tersebut.[6] Rupa pokok ini serupa dengan spesimen moden sehingga ia berbunga, di mana kelopak bunga diperhatikan lebih panjang dan tersusun lebih berjarak daripada versi moden.[6] Benih yang dihasilkan pokok dijana semula ini bercambah pada kadar 100%, berbanding 90% untuk pokok moden.[6] Punca perbezaan ini belum diketahui.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hideo Toyokuni (1979-02-25). "On some Noteworthy Plants from Hokkaidô, Japan" (PDF). Journal of the Faculty of Liberal Arts. Shinshu University. 13: 127–133. ISSN 0583-0605. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-04-07. Dicapai pada 2012-02-22.
  2. ^ a b c V. Stakhov, G. Gyulai, Z. Szabó et al. (8 Julai 2007). "Pleistocene-age Silene stenophylla seeds excavated in Russia – a scanning electron microscopic analysis". Botany & Plant Biology 2007. Chicago, IL. http://2007.botanyconference.org/engine/search/index.php?func=detail&aid=2131.
  3. ^ a b c d e f g Richard Black. "Ancient plants back to life after 30,000 frozen years". BBC News. Dicapai pada 21 Februari 2012.
  4. ^ "Scientists regenerate a plant – 30,000 years on". AFP. 20 Februari 2012. Unknown parameter |urlhttp://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM5j6vshXWgZSUj3pLD2sLNWJlHSFnQ?docId= ignored (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  5. ^ S. Yashina; S. Gubin; S. Maksimovich ; dll. (2012). Published online before print 21 February 2012. "Regeneration of whole fertile plants from 30,000-y-old fruit tissue buried in Siberian permafrost". Proceedings of the National Academy of Sciences USA. doi:10.1073/pnas.1118386109. Unknown parameter |author-separator= ignored (bantuan)
  6. ^ a b c d e f Nicholas Wade (20 Februari 2012). "Dead for 32,000 Years, an Arctic Plant Is Revived". New York Times. Dicapai pada 21 Februari 2012.