SimCity
| SimCity | |
|---|---|
Kulit permainan SimCity yang awal mencirikan reka bentuk seperti suatu peti muzik, dengan versi-versi berlainan menggambarkan bandar lain dan pelbagai bencana. |
|
| Pembangun | Maxis Nintendo EAD (Versi SNES) Mobil: Babaroga |
| Penerbit | Brøderbund, Maxis, Nintendo, Electronic Arts dan Superior Software/Acornsoft |
| Pereka | Will Wright (siri SimCity) |
| Lesen | Proprietari, kembali dikeluarkan di bawah Lesen GNU versi 3 pada 10 Januari 2008 |
| Siri | SimCity |
| Pelantar | Acorn Archimedes, Acorn Electron, Amiga, Amiga CDTV, Amstrad CPC, Atari ST, BBC Micro, C64, DESQview, DOS, EPOC32, FM Towns, iPod Touch, iPhone, PC-98, GBA, OLPC XO-1, OS/2, Linux, Mac OS, Telefon bimbit (Symbian atau Java), NeWS, SNES, Tk, Unix, Windows, X11 TCL, Sinclair ZX Spectrum, Virtual Console |
| Tarikh keluaran | 1989 |
| Genre | Simulasi, Permainan pembinaan bandar |
| Mod | Pemain tunggal |
| Penilaian | ELSPA: 3+ (Windows) ESRB: E (Wayarles) |
| Keperluan sistem | CPU 286 6 MHz, 2MB ruang cakera keras |
SimCity adalah satu permainan simulasi pembangunan bandar raya, mula dikeluarkan pada 1989 dan direka oleh Will Wright. SimCity adalah produk sulung Maxis, yang telah diadaptasikan kepada pelbagai komputer peribadi dan konsol permainan, dan melahirkan beberapa sekuel termasuk SimCity 2000 pada 1993, SimCity 3000 pada 1999, SimCity 4 pada 2003, SimCity DS, dan SimCity Societies pada 2007. Asal SimCity kemudiannya telah dinamakan semula kepada SimCity Classic. Sehingga pengeluaran The Sims pada tahun 2000, siri SimCity adalah barisan permainan komputer paling laku yang dibuat oleh Maxis.
SimCity melahirkan sebuah siri permainan Sim. Sejak pengeluaran SimCity, permainan simulasi yang lebih kurang sama telah dikeluarkan yang mengfokuskan kepada aspek realiti yang berbeza seperti simulasi urus niaga dalam Capitalism.
Pada 10 Januari, 2008 kod sumber SimCity dibebaskan di bawah lesen perisian bebas GPL 3 di bawah nama Micropolis.
Ciri-ciri [sunting]
| Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
- 2 Pemangkit Listrk
- Residental, Commercial and Industrial (9kotak)
- Selain bandar, ada kereta api & Jembatan
- 7 bencana alam
- Kantor Polis & Pemadam Api
|
|||||