SimCity 64

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
SimCity 64
Kulit kotak SimCity 64.
Pembangun HAL Laboratory
Penerbit Nintendo
Pelantar Nintendo 64DD
Tarikh keluaran Jepun 28 Februari, 2000
Genre Simulasi pembinaan bandar raya
Mod Pemain tunggal

SimCity 64 (シムシティー64?) ialah sebuah permainan video pembinaan bandar raya yang dimajukan oleh HAL Laboratory dan diterbitkan oleh Nintendo, dan dipercayai sebagai sebahagian daripada siri SimCity, walaupun Maxis tiada campur tangan dalam pembangunan mahupun penerbitan permainan ini. SC64 yang dipercayai sebagai sekuel untuk penerbitan Nintendo SNES untuk SimCity asal (1991), memberi beberapa unsur yang diambil daripada versi SNES, termasuk Dr. Wright, penasihat bandar, ditemui dalam SC64. Permainan ini ditimbangkan sebagai kabur, menyebabkan ia hanya diterbitkan di Jepun dan direka hanya untuk pelantar Nintendo 64DD.