Sim Tze Tzin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sim Tze Tzin
150px

Penyandang
Tempoh jawatan 
Mac 2008
Didahului oleh Wong Mun Hoe (BN-Gerakan)
Majoriti 1,258

Lahir 6 Februari 1976
Georgetown, Pulau Pinang
Parti politik PKR
Pekerjaan Ahli politik, jurutera
Laman web Sim For Malaysia

YB Sim Tze Tsin adalah ahli politik Malaysia berbangsa Cina yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak dari Parti Keadilan Rakyat. Di peringkat akar umbi, beliau adalah timbalan ketua Angkatan Muda (PKR) Pulau Pinang. Selepas kerajaan Barisan Nasional Pulau Pinang tewas di tangan Pakatan Rakyat semasa Pilihan Raya Umum 2008, beliau telah dilantik menganggotai jawatankuasa Jabatan Perumahan Negeri Pulau Pinang.[1]

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Saksi kes Lingam yang tidak dipanggil[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah salah seorang saksi dalam kes klip video Lingam. Akan tetapi pada 28 Januari 2008, Suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video Lingam telah memutuskan untuk tidak memanggil beliau untuk memberi keterangan berhubung siasatan klip tersebut kerana menurut Pengerusi suruhanjaya tersebut, Tan Sri Haidar Mohd Noor, keterangan yang hendak diberikan oleh mereka tiada kaitan langsung dengan siasatan yang dijalankan.[2]

Desakan Zahrain kosong kerusi parlimen Bayan Baru[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Mac 2010, beliau menghantar sebanyak 2,108 tandatangan itu dikutip dalam tempoh dua hari dari kalangan pengundi di sekitar pasar Bayan Baru dan Tapak Pesta di Sungai Nibong, Pulau Pinang dihantar kepada Ahli parlimen bebas Bayan Lepas, Datuk Zahrain Mohd Hashim dan mendesaknya mengosongkan kerusinya sebelum Dewan Rakyat bersidang pada 15 Mac 2010.[3]

Tajuk akhbar mengelirukan[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Julai 2010, sebuah akhbar harian bahasa Inggeris, The Star mengenai perlunya rumah pangsa kos rendah di Pulau Pinang tetapi tajuknya mengelirukan dan mencacatkan imej Pakatan Rakyat melaporkan beliau sebagai berkata jabatan berkenaan mungkin melarang pembinaan rumah pangsa dan melarang pembinaan rumah pangsa kos rendah yang keluasannya berukuran kurang 700 kaki persegi.[4] Ini adalah kerana larangan itu disebabkan oleh kebanyakan rumah pangsa berada dalam keadaan daif, kotor dan mencacatkan pemandangan kerana kepadatan penduduk di kawasan berkenaan.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]