Simulasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Perkataan simulasi bermaksud mengajuk/meniru keadaannya atau suasananya seolah-olah betul atau hampir sama dengan keadaan sebenar.

Pensimulasi[sunting | sunting sumber]

Pensimulasi merupakan alat atau mesin yang melakukan simulasi tersebut. Contohnya pensimulasi penerbangan untuk latihan penerbangan.

Pensimulasi penerbangan[sunting | sunting sumber]

Pensimulasi pesawat Boeing 737
Pandangan di dalam pensimulasi di ruang kokpit AXIS F70-100

Keupayaan pensimulasi pada abad ke-20 amat canggih keadaan dan pincang tugas pesawat dan kendalian pesawat hampir sama dengan sebenar sehinggakan juruterbang baru tidak perlu melakukan latihan mendarat dan berlepas di dalam pesawat dan landasan sebenar tanpa penumpang. Mereka akan terus mengendalikan pesawat penumpang sebenar dan dibimbing oleh Kapten Pesawat berjawatan Penguji Bertauliah dan Jurulatih Juruterbang setelah tamat latihan di Latihan Darat dan Simulator.

Ia juga boleh melatih juruterbang untuk keadaan kecemasan, seperti pendaratan tanpa enjin, atau kegagalan penuh sistem elektrik atau hidraulik. Selain itu, latihan menggunakan pensimulasi penerbangan juga lazimnya lebih murah daripada menggunakan pesawat sebenar.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]