Sin Chew Daily

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Akhbar Sin Chew Daily.

Sin Chew Daily merupakan sebuah akhbar harian berbahasa Cina di Malaysia.Pengerusi eksekutifnya Tan Sri Tiong Hiew King . Mula diedarkan pada 15 Januari 1929. Kaji selidik AC Nielsen 2008 mendapati 400,000 naskhah sehari dijual pada tahun 2008.

Pengasas[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Tiong Hiew King merupakan pengasas sin Chew Daily.Beliau juga merupakan pengerusi Rimbunan Hijau Group. Beliau juga menjadi Pengerusi Eksekutif Sin Chew Media Corporation Group. Beliau usahawan Malaysia ke-10 terkaya di Malaysia menurut analisis Malaysian Business. '

Sin Chew 80 tahun[sunting | sunting sumber]

Buku "Walking Tall - 80 Years Sin Chew Daily-Journalism on Malaysian Soil" diterbitkan oleh Sin Chew sebagai mengenang kewujudan akhbar berbahasa Cina Nombor 1 di Malaysia. Berita berbahasa Cina terpilih diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Tebalnya 289 muka surat dijual RM40 senaskhah .Ia pernah ditutp sementara semasa "Operasi Lalang" pada 1987.

Tabung Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tabung Pendidikan Sin Chew turut dilancarkan sejak 2003 .Tabung Pendidikan Sin Chew memainkan peranan penting dalam memajukan bidang pendidikan, terutama melalui pemberian bantuan kepada pelajar yang memerlukan pertolongan untuk meneruskan pengajian. Akhbar ini pernah berhadapan masalah kewangan yang teruk. Basiswa dan yuran tuisyen kepada beratus pelajar yang kurang berkemampuan daripada segi kewangan. Jutaan ringgit disalurkan kepada pelajar yang memerlukan.

MySinchew.com[sunting | sunting sumber]

MySinchew.com merupakan portal berbahasa Inggeris akhbar itu. Ia merupakan edisi khas terhad, yang mengandungi rencana pengarang terpilih Sin Chew Daily yang diterjemah ke bahasa Inggeris serta gambar dan rencana sumbangan penulis undangan akhbar itu.[1]


Rumah Terbuka Tahun Baru Cina, Sin Chew Daily dan Gung Ming Daily 2010[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Februari 2010 majlis ini disertai oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia Tan Sri Pheng Yin Huah dan Duta China ke Malaysia Liu Jian.

Pada 312 Mac 2009, Najib pernah melawat Sin Chew , iaitu beberapa hari sebelum beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009.Anak Najib boleh berbahasa Cinsa. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]