Sinar kosmos
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sinar kosmos ialah sinaran dari angkasa lepas yang tiba ke Bumi. Ia biasanya menghentam bahagian atas atmosfera dan menghasilkan zarah-zarah sekunder. Hampir 90% sinar kosmos yang mendatang terdiri dari proton, kira-kira 9% merupakan nucleus helium (zarah alfa) dan kira-kira 1% lagi elektron (zara beta minus). Istilah "sinar" sebenarnya merupakan nama yang tidak kena, kerana zarah kosmos tiba secara individu, bukan dalam bentuk sinaran atau pancaran zarah.