Sindrom mengoncang bayi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sindrom mengoncang bayi (Shaken baby syndrome) merujuk kepada bayi yang digoncang atau dihentak dengan kuat sehinggakan saluran darah dalam otak pecah, yang mampu mengakibatkan kematian kepada bayi. Kebanyakan kes ini berlaku di kalangan bayi yang berusia kurang dari 30 bulan (2 tahun setengah). Dalam kebanyakan kes, penganiayaan kanak-kanak ini dilakukan oleh orang dewasa yang dihantui perasaan marah atau kecewa dan mengoncang anak kecil tanpa perasaan belas kasihan atau simpati.

Ia juga boleh berlaku secara tidak sengaja, ini disebabkan kanak-kanak berusian bawah dua tahun tidak mempunyai otot tengkok yang terbentuk sepenuhnya. Oleh itu jika tubuh mereka digoyang, kepala mereka akan tersentap ke hadapan dan ke belakang, yang mampu menyebabkan kerosakan otak atau pendarahan samaada di dalam atau di atas otak. Kerosakan teruk lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak di bawah usia dua setengah tahun dan sehingga empat tahun.

Perbuatan yang membahayakan otak bayi[sunting | sunting sumber]

  1. Melambung anak kecil berulang kali
  2. Berlari anak sambil membawa bayi, sama ada mendukungnya di belakang atau di bahu.
  3. Membawa mereka menunggang kuda.
  4. Memusingkan badan anak kecil.

Ancaman yang mungkin berlaku[sunting | sunting sumber]

  1. Kerosakan otak
  2. Kecederaan tulang belakang
  3. Buta
  4. Kecederaan mata
  5. Sawan
  6. Patah tulang
  7. Terseliuh
  8. Kecacatan