Sinema Malaysia
| URL | http://sinemamalaysia.com.my/ |
|---|---|
| Slogan | Portal perfileman Malaysia |
| Jenis tapak web | Portal web |
| Pendaftaran | Pilihan, kecuali forum; pendaftaran wajib |
| Bahasa yang disediakan | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris |
| Pemilik | FINAS |
| Kedudukan dalam Alexa | Ke-284,042 (sedunia) Ke-1,535 (Malaysia)[1] |
| Status semasa | aktif |
- Jangan dikelirukan dengan Sinema di Malaysia
Sinema Malaysia ialah sebuah portal web yang menyediakan maklumat berkaitan sinema di Malaysia. Ini termasuklah maklumat berkaitan pengarah, pelakon, dan filem itu sendiri. Laman web ini turut melaporkan peristiwa-peristiwa yang berlaku sekitar industri perfileman di Malaysia, begitu juga dengan filem-filem yang bakal keluar.
Portal web ini merupakan inisiatif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan tersedia dalam dwibahasa; bahasa Melayu dan Inggeris.
Sejarah [sunting]
Portal Sinema Malaysia telah dibangunkan oleh Unit Perhubungan Awam FINAS dan pelancarannya diadakan pada 3 Mac 2008 bertempat di Studio Sound Stage, FINAS.[2] Pelancaran portal web ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pada waktu itu, Dato' Wong Kam Hoong.
Rujukan [sunting]
- ↑ "Maklumat tapak Sinemamalaysia.com.my", Alexa. Diperolehi pada 2011-03-13.
- ↑ "Pelancaran Portal Sinema Malaysia", Berita FINAS, FINAS. 3 Mac 2008. Diambil pada 2011-02-11
Pautan luar [sunting]
| Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |