SingleTrackMind

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SingleTrackMind
Nama lahirAlex Wong
Berasal dariKuching, Sarawak, Malaysia[1]
GenreRock alternatif
PekerjaanPenyanyi, penggubah muzik, pemuzik
Pelumba jet ski (bersara)
Tahun aktif2002–kini
Syarikat rakaman
Power Records/PMP
(bebas)
Laman sesawang
http://www.singletrackmind.tv

Alex Wong ialah seorang penyanyi dan pemuzik bebas Malaysia yang memakai nama pentas SingleTrackMind, dan juga seorang bekas pelumba jet ski profesional. Sehingga kini (Oktober 2007), beliau telah mengeluarkan dua album, meraih tiga pencalonan di Anugerah Industri Muzik, serta memenangi lapan perlumbaan antarabangsa pada 1990an dalam sukan jet ski.[2]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Jet ski[sunting | sunting sumber]

Sebagai seorang pelumba jet ski terawal di Malaysia, Wong pernah menyertai dua pasukan jet ski profesional. beliau mula-mulanya menyertai Wong's Way Racing pada tahun 1987. Beliau memenangi kejohanan pertama di Piala Dhananbalan 1991 di Singapura, dan pada tahun berikutnya beliau dinaikkan taraf ke profesional. Semenjak itu, beliau terus memenangi Kejohananan Filipina 1994 di Cebu; Kejohanan Malaysia 1995, 1996 dan 1998; Kejohanan Korea 1995 di Pulau Pijin; Kejohanan Australia 1996 di Queensland; dan Piala Raja Asia-Pasifik 1998 di Songkhla, Thailand. Pada tahun 1998 beliau beralih ke Petronas Jet Sport Racing Team, tetapi semenjak itu tidak pernah menjuarai mana-mana kejohanan.[2]

Muzik[sunting | sunting sumber]

No Reason[sunting | sunting sumber]

Wong beralih ke bidang muzik dan membuat persembahan pentas pertama di pesta muzik Rock the World III di Kuala Lumpur pada tahun 2002. Beliau mengeluarkan album sulungnya, No Reason pada tahun 2003, ketika masih bersama pasukan Petronas Jet Sport. Album yang merangkumi 13 runut termasuk single pertamanya yang sama tajuknya, membantu SingleTrackMind dicalonkan untuk Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik, Rakaman Album Terbaik dan Video Muzik Terbaik pada AIM 2004. Wong akhirnya mbersara dari sukan jet ski selepas World King’s Cup Watercross di Thailand pada tahun 2006.[3]

Semenjak Rock the World III, SingleTrackMind mengadakan sejumlah 34 persembahan live sepanjang tahun 2003 bersempena album sulungnya, termasuk lapan di China, Filipina, Thailand dan Singapura. Beliau masih kekal aktif pada tiga tahun berikutnya tanpa mengeluarkan album baru, mengadakan 34 lagi persembahan termasuk di Indonesia dan Singapura. Beliau menjadi artis pembukaan di konsert Deep Purple di Singapura pada tahun 2004 serta konsert Malaysia Jelajah Dunia Switch On INXS 2006 di Kuala Lumpur.[4]

[hey.][sunting | sunting sumber]

Pada 1 Mac 2007, SingleTrackMind mengeluarkan album penuh keduanya, [hey.], yang menampilkan One Day, saduran bahasa Inggeris bagi lagu berbahasa Indonesia Mungkin Nanti yang asalnya didendangkan kumpulan Peterpan, di samping single pertamanya Seventeen (God at the Beach), yang dikarang beliau untuk memperingati seorang kenalan yang tiba-tiba meninggal dunia. Menurut beliau di carta Malaysian English Top 10 yang disiarkan pada 28 Oktober 2007, Seventeen diberi tajuk sedemikian dan dijadikan runut ketujuh album berkenaan kerana 17 Julai merupakan hari jadi orang itu. SingleTrackMind juga menghabiskan jelajah enam konsert Indonesia di Bali, Surabaya, Jakarta dan Bandung, pada pertengahan Ogos.

Selain itu, album [hey.] yang sembilan daripada sepuluh runutnya dirakam di Los Angeles, mengandungi dua lagu (Still The Same dan Light Fades) yang bakal ditampilkan dalam filem bebas Amerika Syarikat The 3rd Doorway.[5]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  1. B0C4DE; border-left:2px solid
  2. B0C4DE;"
No Reason
  • Tarikh keluaran: 2003
  • Format: CD
  • Label: Fat Boys Records
  • Runut-runut: 13
  • Single-single: "No Reason", "People in My Own World"
  1. B0C4DE; border-left:2px solid
  2. B0C4DE;"
[hey.]
  • Tarikh keluaran: 1 Mac 2007
  • Format: CD
  • Label: Power Records/PMP
  • Penerbit: Bob Koszela
  • Runut-runut: 10
  • Single-single: "Seventeen (God at the Beach)", "One Day"

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "A treat for Alex Wong's Sabah fans". The Borneo Post. 2007-03-22. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ a b http://www.jetskimalaysia.com/alex_wong.htm
  3. ^ http://www.singletrackmind.tv/bio.html
  4. ^ http://www.singletrackmind.tv/calendar.html?showcal=past
  5. ^ Dennis Chua (2007-07-01). "What turns Alex on". New Straits Times.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]