Singgeris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Singlish)
Singgeris
KawasanSingapura
Penutur bahasa
227,000 penutur bahasa utama, lebih daripada 3 juta sebagai bahasa kedua (1985)
Kod bahasa
ISO 639-3
Kehidupan di
Singapura
Agama
Bahasa
Bahasa Singlish
Demografi
Ekonomi
Filem
Hari Kelepasan
Kebudayaan
Kehomoseksualan
Kesusasteraan
Muzik
Pendidikan
Pengangkutan
Politik
Sukan
Tarian
sunting


Singgeris[a], lebih dikenali sebagai Singlish (kata lakur dari "Singapore" dan "English") merupakan sebuah bahasa kreol berdasarkan Bahasa Inggeris di Singapura. Bahasa ini merupakan bahasa pertama bagi ramai pemuda-pemudi Singapura.

Sungguhpun bahasa Inggeris merupakan salah satu bahasa rasmi Inggeris, Singlish biasanya dianggap sebagai memiliki kelas bawahan.[1] Kerajaan Singapura sangat tidak menggalakan penggunaan Singlish daripada Bahasa Inggeris Piawai Singapura supaya orang Singapura boleh bertutur dengan penutur Bahasa Inggeris yang lain di dunia. Kerajaan menjalankan Gerakan Bercakap Bahasa Inggeris Baik (Speak Good English Movement) untuk menitikberatkan usaha ini.[2] Bagaimanapun, pengabaian rasmi dan penapisan berterusan sebaliknya diimbangi oleh penampilan lain dalam media aliran utama, termasuk penggunaan meluas oleh orang ramai dalam wawancara di jalanan disiarkan di TV dan radio secara harian, termasuk juga penggunaan sekali-sekala di akhbar.[3]

Kosa kata Singlish terdiri daripada perkataan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Hokkien, Bahasa Kantonis, dan sedikit daripada bahasa-bahasa Indik serta bahasa-bahasa Sinitik. Selain itu, slanga Amerika dan slanga Australia juga masuk melalui siri televisyen.

Singlish berkaitan rapat dengan Manglish di Malaysia yang bersebelahan.

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

perbendaharaan kata[sunting | sunting sumber]

Banyak papan tanda di Singapura memakai keempat-empat bahasa rasmi sederum: Inggeris, Cina, Tamil dan Melayu .

Kebanyakan perbendaharaan kata Bahasa Singlish berakar daripada bahasa Inggeris British dan meminjam banyak kosa daripada bahasa-bahasa Sinitic (Hokkien, Kantonis, Mandarin) Melayu (Riau, Johor, Palembang/Basemah) dan Tamil.

Salah satu contoh peminjaman kata dari bahasa Hokkien ialah kiasu, yang diambil dari "kia" bermakna takut dan "su" tewas. Jika digabung secara harfiah "takut tewas" dan digunakan bagi mengumpat orang yang kita tidak senangi (hampir sama maknanya kalau kita menyebut orang lain kepiting kerana tak mahu membantu meminjamkan wang).[4] dan kata pinjam lain yang sering dipergunakan ialah makan yang bermaksud 'makan'.[5]

Dalam banyak kes, perkataan yang dicakap dengan pelat bahasa Inggeris ditukar dengan pelat dari Cina sehingga mengalami perubahan makna. Banyak kosa bahasa Inggris juga digunakan dengan bahasa-bahasa Sinitic bersamaan. Contohnya borrow/lend, yang ditimpa dengan perkataan Hokkien yang memiliki makna sama, (chio). (' Oi (dari bahasa-bahasa Min selatan walaupun orang Singapura mengejanya sebagai oy), can borrow me your calculator? jika diterjemah dalam bahasa Melayu maka, hai bolehkah saya meminjam penghitung awak?'); dan kata send boleh digunakan bagi bermaksud 'menemani seseorang', seperti dalam "Let me send you to the airport" padahal dalam bahasa Inggeris yang lain ialah "Let me accompany you to the airport" ("biarkan aku menghantarkanmu/menemanimu ke lapangan terbang). Penukaran kata accompany menjadi send mungkin dipengaruhi perkataan Hokkien (sang)[6] Namun, kata dari bahasa Melayu (meng)hantar juga boleh menukar kata send apabila digunakan bagi membawa maksud 'hantar surat dari pejabat pos' dan 'bawa kanak ke sekolah',[7] apabila dipakai dalam kalimat singlish tadi "let me menghantarkanmu to airport" atau "let me hantar/temani to airport" jika kedua kalimat ini menghilangkan kata send maka kebanyakan orang akan berfikir 'nampak kurang padu'. Meski kata menghantar dipakai dengan makna menemani sama seperti send.

Media[sunting | sunting sumber]

Subbahagian ini ialah senarai penggunaan bahasa singgeris di pelbagai media.

Wayang[sunting | sunting sumber]

Muzik[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Sastera[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Melcher, A. (2003). Unlearning Singlish: 400 Singlish-isms to avoid. [Singapore: Andrew Melcher Pte. Ltd. ISBN 9810489528
  • Wong, J. O. (2001). The natural semantic metalanguage approach to the universal syntax of the Singlish existential primitive. CAS research paper series, no. 30. Singapore: Centre for Advanced Studies, National University of Singapore. ISBN 9810438176
  • The Coxford Singlish dictionary. (2002). Singapore: Angsana Books. ISBN 9813056509
  • Shelley, R., Beng, K.-S., & Takut bin Salah. (2000). Sounds and sins of Singlish, and other nonsense. Kuala Lumpur: Times Books International. ISBN 9812043926
  • VJ Times Editorial Team. (2000). Singlish to English: basic grammar guide. Singapore: VJ Times. ISBN

9812211616

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Istilah ini adalah terjemahan langsung dari perkataan bahasa Inggeris "Singlish" mengikut prinsip pembentukan kata bahasa Melayu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ CAVALLARO, FRANCESCO; NG, BEE CHIN; SEILHAMER, MARK FIFER (2014-09-01). "Singapore Colloquial English: Issues of prestige and identity". World Englishes (dalam bahasa Inggeris). 33 (3): 378–397. doi:10.1111/weng.12096. ISSN 0883-2919.
  2. ^ "A War of Words Over 'Singlish' Diarkibkan 2013-08-06 di Wayback Machine", Tan Hwee Hwee, Time Magazine, 22 Julai 2002
  3. ^ See, for example, an entire opinion column written in Singlish by The Straits Times regular columnist Koh, Buck Song, "To have or not to have a dictionary, big question leh", published 24 April 1995, available online at: http://freepages.family.rootsweb.ancestry.com/~jacklee/Files/19950424-ST-BadNewsforAllEngPurists.pdf
  4. ^ "Singlish Guide: 125 Phrases/Words That Define SG (Singaporean English)". www.guidesify.com (dalam bahasa Inggeris). 13 August 2017. Dicapai pada 2018-09-10.
  5. ^ Brown, Adam (1999) Singapore English in a Nutshell. Singapore: Federal, pp. 123 & 135.
  6. ^ Deterding, David (2000) 'Potential influences of Chinese on the written English of Singapore'. In Adam Brown (Ed.) English in Southeast Asia 99: Proceedings of the Fourth 'English in Southeast Asia' Conference, Singapore, National Institute of Education, pp. 201-209. (on-line version)
  7. ^ Collins (2002) Easy Learning Bilingual Dictionary, English~Malay, Malay~English, Subang Jayar, Malaysia: HarperCollins, p. 716
  • Ho, Mian Lian and Platt, John Talbot (1993). Dynamics of a contact continuum: Singapore English. Oxford: Clarendon Press; New York: Oxford University Press. ISBN 0-19-824828-8.
  • Lim, Lisa (2004). Singapore English: a grammatical description. Amsterdam; Philadelphia: John Benjamins. ISBN 1-58811-576-3.
  • Newbrook, Mark (1987). Aspects of the syntax of educated Singaporean English: attitudes, beliefs, and usage. Frankfurt am Main; New York: P. Lang. ISBN 3-8204-9886-9.
  • Platt, John Talbot and Weber, Heidi (1980). English in Singapore and Malaysia: status, features, functions. Kuala Lumpur: Oxford University Press. ISBN 0-19-580438-4.
  • Brown, Adam (1992). Making Sense of Singapore English. Singapore: Federal Publications. ISBN 981-01-2154-7.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:English dialects