Sintashta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sintashta (Rusia: Синташта) adalah sebuah tapak arkeologi di Wilayah Chelyabinsk, Rusia. Ia merupakan tinggalan petempatan berkubu yang bertarikh Zaman Gangsa, sekitar 2800–1600 SM,[1] malah merupakan tapak contoh kebudayaan Sintashta. Tapak ini telah disifatkan sebagai "pusat industri kaji logam berkubu"[2] dan kegiatan-kegiatan upacara yang terbukti di tanah-tanah perkuburan berkenaan berkaitan dengan tradisi Proto-Indo-Iran.

Sintashta terletak di kawasan steppe yang betul-betul di timur Pergunungan Ural. Tapak ini dinamai sempena Sungai Sintashta yang berdekatan, iaitu cabang sungai Tobol. Peralihan aliran sungai sepanjang zaman telah memusnahkan separuh tapak itu, hanya meninggalkan 31 daripada kira-kira 50 ke 60 buah rumah di petempatan berkenaan.[3]

Petempatan ini terdiri daripada rumah-rumah berbentuk segi empat bujur yang disusun dalam sebuah bulatan berdiameter 140 meter dan dikelilingi oleh sebuah tembok tanah diperkukuh kayu balak dengan menara pintu gerbang dan parit yang dalam di luarannya. Pengubuan Sintashta dan petempatan-petempatan seumpamanya seperti Arkaim adalah hebat di luar jangkaan bagi kawasan steppe. Terdapat bukti-bukti peninggalan kerja logam tembaga dan gangsa yang pernah berlangsung di setiap rumah yang digali di Sintashta, sekali lagi kebesaran kerja logam yang di luar jangkaan untuk kawasan steppe.[3] Seramik Sintashta amat dipengaruhi oleh corak-corak seramik kebudayaan Abashevo yang terdahulu.[4] Disebabkan asimilasi sesama puak di kawasan Ural, seperti Yamna, Katakom, Poltavka, dan Abashevo utara ke dalam kaki langit Novokumak, mungkin adalah tidak tepat untuk menanggap Sintashta sebagai petempatan Arya yang sejati.[5] Kebudayaan Abashevo memainkan peranan penting dalam Sintashta.[6]

Lima bidang tanah perkuburan telah ditemui berhubungan dengan tapak ini, yang mana yang terbesarnya (iaitu Sintashta mogila atau SM) terdiri daripada 40 buah kubur. Antara yang dikebumikan adalah kereta-kereta rata yang paling tertua diketahui di dunia, serta korban kuda sehingga lapan ekor dalam satu liang, persenjataan batu, tembaga dan gangsa, dan perhiasan perak dan emas. Tanah perkuburan SM dilapisi oleh sebuah kurgan yang sangat besar dari zaman yang lebih lanjut. Adalah didapati bahawa jenis pengorbanan pengebumian yang terbukti di Sintashta amat menyerupai upacara pengebumian yang diperikan dalam Rig Veda, iaitu kitab keagamaan India purba yang sering dikaitkan dengan kaum Proto-Indo-Iran.[3] Oleh itu, adalah diandaikan bahawa petempatan kebudayaan Sintashta merupakan tanah pusaka Indo-Iran yang dibayangkan, namun hubung kait langsung dengan kebudayaan Sintashta telah disanggah.[7]

Tarikh-tarikh radiokarbon dari petempatan dan tanah-tanah perkuburan itu menjangkau lebih sealaf, menunjukkan satu pendudukan lebih awal yang milik kebudayaan Poltavka. Namun begitu, kebanyakan tarikhnya adalah pada 2100–1800 SM, iaitu menjurus kepada zaman pendudukan utama di tapak ini yang sejajar dengan lain-lain petempatan dan tanah perkuburan dalam kebudayaan Sintashta.[3]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Anthony 2007, halaman 375.
  2. ^ Anthony 2007, halaman 371.
  3. ^ a b c d Anthony 2007, halaman 371–375.
  4. ^ David W. Anthony, "The Horse, the Wheel, and Language: How Bronze-Age Riders from the Eurasian Steppes Shaped the Modern World", Princeton University Press, 2007, p 382
  5. ^ Elena E. Kuz'mina, The Origin of the Indo-Iranians, Volume 3, edited by J. P. Mallory, Brill NV, Leiden, The Netherlands 2007, p 222
  6. ^ David W. Anthony, "The Horse, the Wheel, and Language: How Bronze-Age Riders from the Eurasian Steppes Shaped the Modern World", Princeton University Press, 2007, p 382
  7. ^ Aedeen Cremin, Archaeologica, 2007, p.234

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Anthony, David W. (2007). "Chapter 15: Chariot Warriors of the Northern Steppes". The Horse, the Wheel, and Language. Princeton, NJ: Princeton University Press. ISBN 978-0-691-05887-0.CS1 maint: ref=harv (link)

Bibliography[sunting | sunting sumber]

  • Генинг, В. Ф.; Зданович, Г. Б.; Генинг, В. В. (1992). Синташта: археологические памятники арийских племен Урало-Казахстанских степей (dalam bahasa Russian). Chelyabinsk: Южно-Уральское книжное изд-во. ISBN 5-7688-0577-X. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan); Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)

Koordinat: 52°29′31.50″N 60°10′40.64″E / 52.4920833°N 60.1779556°E / 52.4920833; 60.1779556