Sipitang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sipitang
Transkripsi lain
Esplanad Sipitang, kawasan tumpuan baru di Pekan Sipitang
Esplanad Sipitang, kawasan tumpuan baru di Pekan Sipitang
Mohor rasmi Sipitang
Cogan kata: Setia Berkhidmat
Lokasi pekan dan daerah Sipitang
Lokasi pekan dan daerah Sipitang
Sipitang is located in Bumi
Sipitang
Sipitang (Bumi)
Koordinat: 5°5′N 115°33′E / 5.083°N 115.550°E / 5.083; 115.550Koordinat: 5°5′N 115°33′E / 5.083°N 115.550°E / 5.083; 115.550
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Pedalaman
DaerahSipitang
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Sipitang
 • Pegawai DaerahLatip Bin Amat
 • MPYang Berhormat Datuk Matbali bin Musah (GRS) (Sipitang)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah4,298
 Populasi di sekitar Sipitang sahaja tidak termasuk secara keseluruhan daerah Sipitang.
Zon waktuMST
Poskod
89850
Tamu MingguanKhamis
Nombor platSB
QL
Laman sesawangww2.sabah.gov.my/pd.sptg/

Sipitang merupakan sebuah pekan yang terletak di Daerah Sipitang, Bahagian Pedalaman, Sabah, Malaysia. Sipitang merupakan pusat pentadbiran bagi Daerah Sipitang. Sipitang juga merupakan laluan utama dari Negara Brunei Darussalam melalui jalan darat dan laut serta laluan ke Wilayah Persekutuan Labuan. Sipitang adalah pekan negeri Sabah yang paling dekat dengan sempadan Sabah-Sarawak. Pekan Sipitang terletak sejauh 44 kilometer ke selatan Beaufort, dan 144 kilometer ke selatan ibu kota Sabah, Kota Kinabalu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pejabat Majlis Daerah Sipitang

Sebelum tahun 1884, Sipitang adalah di bawah naungan Kesultanan Brunei. Pada 5 November 1884, Sultan Brunei menyerahkan kawasan jajahannya dari Sipitang ke Kuala Penyu kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU).[1] Penyerahan ini berikutan daripada sogokan yang diberikan oleh gabenor SBBU, William Treacher, kepada pihak Sultan.[2]

Pada 7 September 1901 pula, Sultan Brunei menyerahkan kawasan dari Sungai Sipitang sehingga ke Sungai Trusan kepada SBBU.[3] Sehubungan dengan itu, SBBU memperoleh kawasan Mengalong dan Merantaman di Sipitang pada 12 September 1901. Pemberian ini diperoleh daripada geran yang diberikan oleh Pangiran Tengah Damit ibni al-Marhum Pangiran Anak Bongsu.[4] Kawasan-kawasan tersebut diperoleh secara berasingan kerana kawasan sebegitu adalah hak milik persendirian pangiran-pangiran (putera-putera) melalui hak tulin mereka, maka tidak terletak di bawah kuasa Sultan.[5].

Sungai Sipitang menandakan sempadan British Borneo Utara dan Kesultanan Brunei sehingga tahun 1900. Pada tahun 1901, iaitu setelah SBBU memperoleh tanah dari Sungai Sipitang ke Sungai Trusan, pejabat pentadbiran ditubuhkan di Sipitang dan kawasan tersebut diletakkan di bawah nama Province Clarke. Daerah ini dinamakan sempena Sir Andrew Clarke. Matlamat penubuhan pejabat adalah untuk mengembangkan kawasan jajahan SBBU. Walau bagaimanapun, keadaan politik pada tahun-tahun berikutnya menyebabkan SBBU menjual kembali beberapa kawasan berdekatan dengan Sungai Trusan, dan sempadan Borneo utara menyusut ke Mengalong (Sindumin).

Demografi[sunting | sunting sumber]

Etnik[sunting | sunting sumber]

Jumlah penduduk sekitar Sipitang[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan jumlah penduduk di sekitar Sipitang pada tahun 2010 mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia;

Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010[6]
Tahun Melayu Kadazan/Dusun Bajau Murut Bumiputera Lain Cina India Lain-lain Bukan Warganegara Malaysia Jumlah Keseluruhan
2010 1,820 202 246 82 713 213 21 218 783 4,298
2020 (Akan Datang)
Etnik di Sipitang - Bancian 2010 [7]
Etnik percent
Kedayan
  
60%
Lundayeh dan Murut
  
30%
Lain-Lain
  
10%

Jantina[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan jumlah penduduk sekitar Sipitang pada tahun 2010 mengikut pecahan jantina seperti berikut;

Jantina[6]
Tahun Lelaki Perempuan Jumlah
2010 2,116 2,182 4,298
Masjid Haji Hassim (Masjid Daerah Sipitang)

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Prauniversiti[sunting | sunting sumber]

  • Pusat Tingkatan Enam
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Sindumin

Sekolah Menengah[sunting | sunting sumber]

Kawasan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Ahli Parlimen Parti
Sipitang Matbali Musah GRS-BERSATU
Parlimen Ahli Parlimen Parti
Sindumin Yusof Yakob GAGASAN

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ nota: Si Putong ke Kwala Paniow [sic] British North Borneo Treaties. British North Borneo, 1884. (1999) State Attorney-General's Chambers. Sabah Laws. [Online] Available at: http://www.lawnet.sabah.gov.my/viewdoc.asp?id=sabahlaws&title=...&document=treaties/Treaties%20and%20Engagements%20(10).htm, Access date: 6 September 2008
  2. ^ Haller Trost, R., Schofield, C., Martin, P. The Brunei-Malaysia Dispute over Territorial and Maritime Claims in International Law (1994)IBRU (International Boundary Research Unit) [Online] Available at: http://books.google.co.uk/books?id=ZMJYOA6g_dYC&printsec=frontcover&dq=The+Brunei-Malaysia+Dispute+Over+Territorial&sig=ACfU3U3YyWtEvAklcBgGiEXMpcFq20WHuA, pp. 12, Access date: 6 September 2008
  3. ^ nota: Sepitong [sic] British North Borneo Treaties. British North Borneo, 1901. (1999) State Attorney-General's Chambers. Sabah Laws. [Online] http://www.lawnet.sabah.gov.my/viewdoc.asp?id=sabahlaws&title=Sabah_Laws&document=treaties/Treaties%20and%20Engagements%20(15).htm, Access date: 6 September 2008
  4. ^ nota: Pangeran Pengah Damit [sic] http://www.royalark.net/Brunei/brunei7.htm
  5. ^ Haller Trost, R., Schofield, C., Martin, P. The Brunei-Malaysia Dispute over Territorial and Maritime Claims in International Law (1994)IBRU (International Boundary Research Unit) [Online] Available at: http://books.google.co.uk/books?id=ZMJYOA6g_dYC&printsec=frontcover&dq=The+Brunei-Malaysia+Dispute+Over+Territorial&sig=ACfU3U3YyWtEvAklcBgGiEXMpcFq20WHuA, pp. 10-11, Access date: 6 September 2008
  6. ^ a b "Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010" (PDF). 2012-02-27.
  7. ^ "2010 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 17 June 2012. p. 13

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Sipitang di Wikimedia Commons