Siri Sonic the Hedgehog
Sonic the Hedgehog |
|
| Developers: | Sega/Sonic Team |
|---|---|
| Debut Game: | Sonic the Hedgehog |
| Predecessor: | Alex Kidd series (1986-1990) |
Siri Sonic the Hedgehog ialah satu francais permainan video keluaran Sega yang dibintangi dan dinamakan bersempena watak maskotnya Sonic the Hedgehog. Siri ini bermula pada tahun 1991 apabila keluarnya Sonic the Hedgehog untuk Sega Mega Drive/Genesis, serta juga versi 8 bit permainan ini untuk format Master System dan Game Gear. Sonic merupakan punca Sega menjadi sebuah syarikat permainan video yang unggul ketika era 16 bit, dan permainan Sonic yang pertama ini menggantikan Altered Beast sebagai permainan permulaan dalam Mega Drive di Amerika Utara dan Eropah.[1] Pada Mac 2007, francais ini telah menjual lebih 45 juta salinan.
Bahagian Sega yang ebrtanggungjawab atas permainan sulung dalam siri ini digelar Sonic Team, dan kumpulan inilah sejak itu telah memajukan banyak lagi judul permainan dalam francais ini. Ahli-ahli tersohor di kalangan kakitangan awal pasukan ini termasuk pemprogram Yuji Naka, pereka Naoto Ohshima dan perancang permainan Hirokazu Yasuhara. Pemaju-pemaju permainan Sonic yang lain termasuk Sega Technical Institute, Dimps dan Traveller's Tales.
Pautan luar [sunting]
- Rasmi
- Sonic Central Laman web AS rasmi
- Sonic City Laman web Eropah rasmi
- Sonic Channel Laman web Jepun rasmi
- Komersial
- Sonic the Hedgehog series di MobyGames
- GameSpot: The History of Sonic
- Gaming Target: Sonic: A History - From South Island to Cosmic Eternity
Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan