Sistem Imej Pancaran Terma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Alatan THEMIS, sebelum dipasang pada Mars Odyssey.

Sistem Imej Pancaran Therma atau nama singkatannya Themis (Thermal Emission Imaging System) merupakan sebuah kamera di dalam pengorbit Mars Odyssey 2001. Instrumen khas ini digunakan untuk mengetahui taburan galian di permulaan planet Marikh berdasarkan kajian ke atas spektrum boleh lihat dan inframerah. Pada waktu siang, permukaan Marikh dipanaskan oleh cahaya matahari. Pada waktu malam pula, galian-galian yang terdapat di permukaan planet itu membebaskan semula haba yang berasal dari matahari. Haba ini dibebaskan dalam bentuk gelombang.

Gelombang haba yang dibebaskan mempunyai spektrum. Mineral atau galian yang berbeza membebaskan spektrum haba yang berbeza. Spektrum ini boleh dikesan dan dianalisis oleh Themis, mineral-mineral seperti karbonat, silikat, hidroksida, sulfat, siliks hidrotherma, oksida dan fosfat menunjukkan warna yang berbeza dalam spektrum inframerah. Berdasarkan fakta ini Themis akan merumuskan jumlah dan corak taburan mineral-mineral ini di permukaan Marikh.