Sistem Lebuh Raya Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sistem Lebuhraya Malaysia)
Sistem Lebuh Raya Ekspres Malaysia
Simbol dan penanda lebuh raya Malaysia
Peta daripada rangkaian lebuh raya Malaysia seperti pada tahun 2008
Maklumat sistem
Diselenggara oleh syarikat konsesi masing-masing; nombor dan penghalaan diberikan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).[1]
Panjang:1,821 km[2] (1,130 bt)
Dibina pada:1980[1]
Nama lebuhraya
LebuhrayaLebuhraya nn (E nn)
Hubungan sistem
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri
Lebuhraya Utara-Selatan

Sistem Lebuh Raya Malaysia adalah sebuah rangkaian lebuh raya capaian terkawal di Semenanjung Malaysia. Panjang keseluruhan lebuh raya di Malaysia setakat tahun 2006 ialah 1,471.6 kilometer (914.4 batu).[1] Pembinaan lebuh raya ini adalah berdasarkan konsesi syarikat swasta yang diawasi oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Sebahagian daripada Rangkaian Lebuh Raya Asia[sunting | sunting sumber]

Sistem lebuh raya Malaysia diiktiraf sebagai antara sistem lebuh raya terbaik di Asia selepas Jepun dan China. Sehubungan dengan itu, beberapa batang lebuh raya utama di Malaysia telah tersenarai sebagai sebahagian daripada laluan Rangkaian Lebuh Raya Asia. 2 laluan Lebuh Raya Asia yang melalui Malaysia ialah Laluan Tabliczka AH2.svg AH2 dan Tabliczka AH18.svg AH18.[3]

Bahagian laluan Tabliczka AH18.svg AH18 yang melalui Malaysia secara keseluruhannya terdiri daripada Laluan Persekutuan ; manakala laluan Tabliczka AH2.svg AH2 yang melalui Malaysia terdiri daripada lebuh raya berikut:-

Piawaian lebuh raya[sunting | sunting sumber]

Proses perancangan, pembinaan, pengurusan serta penggunaan lebuh raya ekspres di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984. Kebanyakan lebuh raya ekspres bertol dibina berpandukan piawaian jalan raya luar bandar JKR R6 (kawalan masuk penuh dengan had laju maksimum 110 km/j). Lebar minimum sebuah lorong bagi lebuh raya ekspres di bawah pengawasan Lembaga Lebuhraya Malaysia ialah 3.65 m. Bagi lebuh raya bukan ekspres yang dibiayai oleh kerajaan pusat atau kerajaan negeri seperti Lebuhraya Persekutuan, lebuh raya tersebut tertakluk kepada piawaian JKR R5 (kawalan masuk penuh atau separa dengan had laju maksimum 90 km/j). Sebagaimana lebuh raya berkelajuan tinggi di negara lain, lebuh raya ekspres di Malaysia terdiri daripada jalan raya kembar dengan bilangan lorong minima 4 lorong (2 lorong bagi setiap arah) dan dipisahkan oleh pembahagi lebuh raya. Lebuh raya ekspres dikenakan kawalan masuk penuh, bermaksud keluar masuk lebuh raya hanyalah melalui persimpangan bertingkat sahaja.

Sebelum pertengahan 1990-an, tiada sistem kod laluan bagi lebuh raya ekspres di Malaysia. Namum demikian, setelah semakin banyak lebuh raya yang dibina di Malaysia, maka kerajaan telah membentuk satu sistem kod laluan bagi lebuh raya ekspres. Kod laluan bagi lebuh raya ekspres bermula dengan huruf E diikuti nombor laluan serta dilabelkan di dalam logo heksagon berwarna kuning, misalnya E1 bagi Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara. Warna latar belakang bagi papan tanda lebuh raya ekspres di Malaysia adalah hijau.

Kutipan tol[sunting | sunting sumber]

Semua lebuh raya di Malaysia mengamalkan dua sistem pembayaran tol iaitu sistem terbuka dan sistem tertutup. Kadar tol di sistem terbuka adalah tetap dan hanya melibatkan bayaran ditetapkan di plaza tol sahaja manakala dalam sistem tertutup pula bayaran dikira mengikut jarak perjalanan; pengguna mengambil tiket tol di plaza tol masuk dan membayar tol di plaza tol keluar.

Sistem pembayaran tol secara elektronik juga diterima di semua plaza tol di Malaysia. Tiga sistem pembayaran tol elektronik diguna pakai di Malaysia iaitu SmartTAG, Touch 'n Go dan RFID

Lazimnya, motosikal dikecualikan daripada bayaran tol di Malaysia, tetapi bayaran tol bagi pengguna motosikal dikenakan di Jambatan Pulau Pinang dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

Senarai[sunting | sunting sumber]

Lebuh raya[sunting | sunting sumber]

  1. E1: Lebuhraya Utara Selatan (arah utara) termasuk Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE)
  2. E2: Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan)
  3. E3: Laluan Kedua Malaysia-Singapura (MSSC/LINKEDUA)
  4. E5: Lebuhraya Shah Alam (SAE/KESAS)
  5. E6: Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (NSECL/ELITE)
  6. E7: Lebuhraya Cheras-Kajang (GRAND SAGA) (sebahagian Laluan Persekutuan )
  7. E8: Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) (sebahagian Laluan Persekutuan )
  8. E9: Lebuhraya Sungai Besi (SBE/BESRAYA)
  9. E10: Lebuhraya Pantai Baru (NPE)
  10. E11: Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
  11. E12: Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH)
  12. E13: Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)
  13. E14: Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (EDL)
  14. E15: Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
  15. E17: Jalan Lingkaran Luar Butterworth (BORR) (sebahagian Laluan Persekutuan )
  16. E18: Lebuhraya Kajang SILK
  17. E19: Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE)
  18. E20: Lebuhraya Maju (Kuala Lumpur-Putrajaya) (MEX)
  19. E21: Lebuhraya Kajang–Seremban (LEKAS)
  20. E22: Lebuhraya Senai-Desaru (SDE)
  21. E23: Lebuhraya Sprint (Kerinchi Link, Damansara Link dan Penchala Link) (SPRINT)
  22. E24: Jambatan Tun Salahuddin
  23. E25: Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR)
  24. E26: Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  25. E27: Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) (Dalam pembinaan)
  26. E28: Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JKSB)
  27. E29: Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH)
  28. E30: Lebuhraya Pintasan Selat Klang Utara Baru (Grand Sepadu)
  29. E31: Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH)
  30. E32: Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) (Dalam Pembinaan)
  31. E33: Lebuhraya Duta Ulu Klang (DUKE)
  32. E35: Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
  33. E36: Jambatan Pulau Pinang (JPP)
  34. E37: Lebuhraya Hubungan Timur-Barat KL/Lebuh Raya Salak dan Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban
  35. E38: Terowong SMART (SMART)
  36. E39: Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE)

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Malaysian Highway Authority. "Malaysian Highway Authority - Background". Malaysian Highway Authority. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-31. Dicapai pada 2015-11-09. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "llm" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan llm2 tidak disediakan
  3. ^ Pangkalan Data Lebuh Raya Asia: Rangkaian AH di Negara-Negara Ahli Diarkibkan 2013-01-25 di Wayback Machine - Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Asia Pasifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Pautan luar[sunting | sunting sumber]