Sistem Nenkō

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sistem gaji-senioriti (Jepun: 年功序列, Hepburn: Nenkō joretsu) adalah sistem Jepun yang mempromosikan pekerja mengikut kehampiranya untuk persaraan. Kelebihan sistem ini ialah ia membolehkan pekerja lebih tua untuk mencapai gaji yang lebih tinggi sebelum bersara dan ia biasanya membawa lebih banyak pengalaman kepada barisan eksekutif. Kelemahan sistem ini adalah ia tidak membolehkan bakat-bakat baru untuk digabungkan dengan pengalaman dan mereka yang mempunyai kemahiran khusus tidak boleh dinaikkan pangkat ke pangkat eksekutif yang telah dipenuhi. Ia juga tidak menjamin atau cuba membawa "orang yang tepat untuk kerja yang betul". Sistem senioriti-gaji juga boleh dilihat dalam kerajaan Jepun. Kerusi-kerusi dalam parlimen Jepun biasanya dipenuhi dengan ahli-ahli yang lebih tua dari setiap parti.

Selepas gelembung ekonomi meletus di Jepun pada akhir tahun 80-an dan kejutan modal teroka (dot-com) pada 90-an, sistem gaji-senioriti telah menjadi kurang popular di kalangan perniagaan kerana mereka tidak mampu untuk menjaga pekerja-pekerja yang lebih tua dengan gaji yang tinggi di dalam senarai gaji. Ramai eksekutif peringkat pertengahan yang menaiki tangga korporat dengan sistem Nenko menjadi mangsa kepada penstrukturan semula korporat. Tanpa mengetahui bagaimana hendak bersaing untuk jawatan gaji yang tinggi tidak seperti bakat muda, dalam abad ke-21, sistem gaji-senioriti dilihat sebagai sebuah sistem yang merosot yang telah merosakan generasi yang lebih tua.[perlu rujukan]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.