Sistem angka perduaan
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sistem angka perduaan atau sistem nombor asas-2 adalah sistem angka yang mewakilkan nilai angka menggunakan dua simbol, biasanya 0 dan 1.
Tujuan sistem nombor ini dicipta ialah disebabkan oleh pelaksanaannya yang jelas dan mudah dalam litar elektronik. Oleh kerana get logik yang banyak digunakan dalam litar elektronik bersepadu hanya memahami tutup (off) dan buka (on), maka 0 digunakan untuk merujuk kepada "tutup" manakala 1 merujuk kepada "buka".
Oleh kerana kepentingannya dapat berinteraksi dengan litar bersepadu, mesin atau komputer zaman kini banyak menggunakan sistem ini.