Sistem dakwat berterusan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sistem dakwat berterusan, juga dikenali sebagai sistem bekalan dakwat berterusan, sistem aliran berterusan atau sistem suapan pukal merupakan satu kaedah untuk membekalkan dakwat pencetak pancut dakwat tanpa had pada kepala pencetak yang kecil. Kebanyakan pencetak yang digunakan oleh perniagaan serta golongan profesional menggunakan sistem dakwat berterusan untuk meningkatkan kelajuan serta jumlah cetakan. Sesetengah syarikat turut mengeluarkan aksesori atau kit khas untuk menukar pencetak pancut dakwat gred pengguna biasa kepada sistem bekalan dakwat berterusan.

Perbandingan dengan reka bentuk katrij dakwat biasa[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan pencetak kos rendah pengguna menggunakan katrij berupa tangki dakwat kecil yang ditempatkan pada pembawa yang dilengkapi kepala dakwat. Tangki sebegini selalunya memuatkan hanya sedikit sahaja dakwat, ada kalanya sesedikit 10 mL, serta memerlukan penukaran katrij yang kerap. Semasa penukaran katrij dakwat tersebut, sejumlah kecil dakwat yang masih ada di dalam tiub kapilari yang mengangkut dakwat ke kepala pencetak serta di dalam kepala pencetak itu sendiri akan mengering, sekaligus boleh menyebabkan kerosakan kepada kepala pencetak. Pencetak gred perniagaan yang lebih mahal pula menggunakan tangki dakwat yang besar pada kepada pencetak, tetapi ia menyebabkan kelajuan cetakan menurun kerana jisim dan inertia yang lebih tinggi, sekaligus mengurangkan kecekapannya.

Mengasingkan tangki simpanan dakwat daripada kepala dakwat juga membolehkan tangki dakwat diisi semasa pencetak masih lagi melakukan kerja mencetak. Semasa penukaran katrij dakwat biasa, ia memerlukan semakan semula penjajaran cetakan serta pembersihan kepala dakwat, sekaligus memerlukan semua kerja mencetak dihentikan seketika.

Kit aksesori ubahsuai[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan sistem dakwat berterusan dikeluarkan untuk kebanyakan model pencetak Epson, HP, Canon, serta jenama-jenama lain. Sistem suapan pukal ini juga membenarkan pengguna menggunakan dakwat isi semula yang lebih murah secara terus. Ini sekaligus meminimakan kos pencetakan dengan ketara berbanding penggunaan katrij dakwat biasa

Tangki dakwat ubahsuai  
Tiub dakwat ubahsuai digantung menggunakan penyokong plastik berbentuk T  
Tiub dakwat ubahsuai disambung kepada katrij pencetak biasa  
Reka bentuk tangki dakwat ubahsuai  

Lihat juga[sunting | sunting sumber]