Sistem hujung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Apabila komputer anda di rumah disambungkan kepada internet, ia menjadi "sistem hujung".

Sistem hujung, dalam jargon perangkaian, ialah komputer yang disambungkan kepada internet. Ia dilabelkan sedemikian kerana ia terletak pada pinggir internet. Pengguna akhir selalu berinteraksi dengan sistem hujung. Bagaimanapun, sistem hujung internet merangkumi sesetengah komputer yang tidak bernteraksi dengan pengguna akhir, misalnya pelayan e-mel dan pelayan sesawang.

Dengan kadar kemajuan teknologi yang semakin pesat pada hari ini, alatan rumah seperti pembakar roti, peti sejuk, serta juga komputer bimbit dan kamera digital kini disambungkan kepada internet sebagai sistem hujung. Sistem hujung yang disambungkan kepada internet juga dirujuk sebagai hos kerana ia mengehoskan (mengendalikan) atur cara penggunaan internet seperti pelayar sesawang atau atur cara dapatan semula e-mel.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.