Sistem koordinat cakerawala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Orientasi Koordinat Astronomi
Celestial.gif
Orientasi sistem koordinat khatulistiwa, gerhana, galaksi yang diunjurkan pada sfera cakerawala, menunjukkan khatulistiwa galaksi (hitam), kutub galaksi utara (NGP), khatulistiwa gerhana (jingga), kutub ekliptik utara (NEP), khatulistiwa cakerawala (biru) dan kutub cakerawala utara (NCP). Matahari dan bumi tidak ditunjukkan kepada skala tetapi untuk menunjukkan hala tuju orbit matahari mengelilingi pusat galaksi dan hala tuju orbit bumi mengelilingi matahari.

Sistem koordinat cakerawala atau sistem koordinat samawi dalam ilmu falak merupakan suatu sistem koordinat yang memetakan kedudukan di atas sfera cakerawala. Terdapat sistem koordinat cakerawala yang berbeza masing-masing menggunakan suatu sistem koordinat sfera yang diunjurkan pada sfera cakerawala, dimana ia adalah tamsilan kepada sistem koordinat geografi yang digunakan pada permukaan Bumi.[1] Sistem-sistem koordinat hanya berbeza dalam pilihan pada satah asasi, yang membahagikan langit kepada dua hemisfera yang sama dalam bulatan agung. Sebagai contoh, satah asasi sistem geografi ialah khatulistiwa Bumi. Setiap sistem koordinat dinamakan berdasarkan pilihan pada satah asasi.

Sistem koordinat[sunting | sunting sumber]

Jadual di bawah menyenaraikan sistem koordinat piawai yang digunakan dalam kalangan ahli falak. Satah asasi membahagikan sfera kepada dua hemisfera yang sama dan mentakrifkan garis dasar untuk latitud yang setaraf dalam koordinat. Ini ditakrifkan bersamaan dengan khatulistiwa dalam sistem koordinat geografi (GSC). Kedua-dua titik yang terletak 90° dari satah asasi dipanggil kutub. Di lajur koordinat memberikan sistem koordinat yang setara dengan GSC.

Sistem koordinat [2] Satah asasi Kutub Koordinat
Mengufuk
(juga dikenali Alt/Az atau Az/El)
Ufuk Zenit/nadir Dongakan (juga dikenali sebagai altitud) - azimut - meridian
Khatulistiwa Khatulistiwa cakerawala Kutub cakerawala Keserongan - jarak hamal atau sudut jam
Gerhana Bergerhana Kutub gerhana Latitud gerhana - longitud gerhana
Galaksi Satah galaksi Kutub galaksi Latitud galaksi - longitud galaksi
Super galaksi Satah super galaksi Kutub super galaksi Latitud super galaksi - longitud super galaksi

Sistem mengufuk[sunting | sunting sumber]

Sistem koordinat mengufuk atau altitud-azimut adalah sistem berdasarkan kedudukan pemerhati dari Bumi, yang beredar pada paksinya sekali pada setiap hari ikut bintang atau hari siderius (23 jam, 56 minit dan 4.091 saat) yang berhubungan dengan latar belakang bintang "tetap". Kedudukan suatu jasad samawi atau objek astronomi mengikut sistem ini berubah dengan masa tetapi ia adalah satu sistem koordinat yang berguna bagi mencari dan menjejaki suatu jasad untuk pemerhati di bumi. Ia berdasarkan kedudukan relatif bintang kepada ufuk yang bersesuaian dengan si pemerhati.

Sistem khatulistiwa[sunting | sunting sumber]

Sistem koordinat khatulistiwa berpusat di pusat Bumi tetapi ia tetap relatif terhadap bintang dan galaksi yang jauh. Ia berdasarkan kedudukan relatif bintang kepada khatulistiwa bumi jika ia diunjurkan dengan jarak tak terhingga (jarak infinit). Khatulistiwa itu menggambarkan langit seperti yang dilihat daripada sistem suria dan peta bintang moden yang hampir secara eksklusif menggunakan koordinat khatulistiwa.

Sistem ini juga merupakan sistem koordinat yang sering digunakan oleh ramai ahli falak amatur dan profesional yang mempunyai lekapan khatulistiwa, mengikuti pergerakan langit pada waktu malam. Jasad samawi boleh dijumpai dengan melaras teleskop atau skala alatan yang lain supaya ia sepadan dengan koordinat khatulistiwa jasad yang ingin diperhatikan.

Sistem gerhana[sunting | sunting sumber]

Sistem koordinat gerhana atau sistem koordinat ekliptik adalah sistem koordinat utama yang digunakan dalam ilmu falak kuno dan ia masih berguna untuk mengira gerakan ketara matahari, bulan dan planet.[3]

Sistem ini menjelaskan pergerakan orbit planet yang mengelilingi matahari dan pusat pada pusat jisim sistem suria (iaitu jasad yang sangat hampir dengan matahari). Satah asasinya ialah satah orbit Bumi yang dipanggil sebagai satah gerhana. Sistem ini digunakan terutamanya dalam mengira kedudukan planet dan jasad sistem suria yang lain serta mentakrifkan unsur berorbitnya.

Sistem galaski[sunting | sunting sumber]

Sistem koordinat galaksi menggunakan satah penghampiran galaski kita sebagai satah asasi. Sistem suria masih merupakan pusat bagi sistem koordinat ini dan takat sifar ditakrifkan sebagai arah ke pusat galaski. Latitud galaksi menyerupai ketinggian (dongakan) melebihi satah galaski dan longitud galaksi menentukan arah relatif ke pusat galaksi.

Sistem super galaksi[sunting | sunting sumber]

Sistem koordinat super galaksi bersepadanan dengan satah asasi yang mempunyai bilangan purata galaksi yang lebih tinggi di angkasa seperti yang dilihat dari Bumi.

Menukar koordinat[sunting | sunting sumber]

Koordinat khatulistiwa kepada mengufuk[sunting | sunting sumber]

Jadikan H sebagai sudut jam dan δ keserongan dalam koordinat khatulistiwa. Andaikan keperluan untuk mengira altitud a dan azimut A dalam koordinat mengufuk. Kemudian, bagi si pemerhati di altitud Φ, persamaan penukaran ialah:

\sin \mathrm{a} = \cos \theta = \sin \phi \cdot \sin \delta + \cos \phi \cdot \cos \delta \cdot \cos H


\cos \mathrm{A} = \frac{\cos \phi \cdot \sin \delta - \sin \phi \cdot \cos \delta \cdot \cos H}{\cos \mathrm{a}}.

dimana θ adalah sudut zenit (atau jarak zenit, iaitu pelengkap altitud 90°). Fungsi trigonometri songsang kemudiannya digunakan untuk mendapatkan nilai-nilai koordinat.

Nota: Kosinus songsang mempunyai dua nilai iaitu 160° dan 200° di mana kedua-duanya mempunyai kosinus yang sama. Kenyataan di atas perlu diperbetulkan. Jika H < 180 (atau radian Pi) maka Az = 360 - Az seperti yang diperolehi daripada persamaan di atas.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Schombert, James. "Earth Coordinate System". Jabatan Fizik, Universiti Oregon. Diperoleh pada 19 Mac 2011. 
  2. Majewski, Steve. "Sistem Koordinat". Jabatan Astronomi UVa. Diperoleh pada 19 Mac 2011. 
  3. Aaboe, Asger. 2001 Episodes from the Early History of Astronomy. New York: Springer-Verlag., halaman 17-19.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]