Sistem peluru berpandu Patriot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Empat misail Patriot seumpama ini boleh dilancarkan dari pelancar bergerak ini antara pengisian-pengisian.

Sistem peluru berpandu Patriot (MIM-104 Patriot) ialah sistem utama misail permukaan bumi ke udara (SAM) yang digunakan oleh Tentera Amerika Syarikat dan banyak negara bersekutu. Misail ini direka untuk mengesan, dan memusnahkan peluru berpandu yang hanya sepanjang 3 hingga 6 meter (10 hingga 20 kaki) dan biasanya terbang pada kelajuan tiga hingga lima kali kelajuan bunyi.

Misail ini yang dikilangkan oleh Syarikat Raytheon di Amerika Syarikat menggantikan Sistem Nike Hercules sebagai alat utama pertahanan udara tinggi dan sederhana, serta menggantikan Sistem HAWK sebagai alat pertahanan udara taktikal sederhana Tentera Amerika Syarikat. Selain daripada peranan-peranan ini, Patriot juga memainkan peranan sebagai alat Misail Penentang Balistik (ABM) Tentera Amerika Syarikat yang kini merupakan misi utamanya.

Patriot menggunakan misail penangkis udara yang maju serta salah satu sistem radar yang terbaik di dunia (dari segi mutu jejak). Patriot ialah satu-satunya sistem ABM yang pernah berjaya memusnahkan misal balistik taktikal (TBM) dalam pertempuran serta sistem SAM tunggal yang berjaya membekalkan daya olah gerak dengan perlindungan misail balistik taktikal.

Patriot dikembangkan di Redstone Arsenal, Huntsville, Alabama yang sebelum itu mengembangkan sistem ABM Safeguard serta komponen-komponennya, iaitu Spartan dan Sprint.

Nama "Patriot" ialah akronim bahasa Inggeris untuk frasa Phased Array TRacking to Intercept Of Target. Simbol Patriot ialah sebuah lukisan Minuteman zaman Perang Revolusi.

Sistem-sistem Patriot telah dijual kepada Republik China (Taiwan), Greece, Israel, Jerman, Belanda, Jepun, Arab Saudi, Kuwait, dan Sepanyol. Republik Korea juga dalam proses membeli beberapa sistem Patriot terpakai selepas Korea Utara menguji beberapa misail balistik di Laut Timur serta menjalankan ujian nuklear bawah tanah pada tahun 2006.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]