Sistem permainan berperanan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebuah sistem permainan berperanan merupakan sebuah set mekanik permainan yang digunakan dalam sebuah permainan berperanan (RPG) untuk menentukan tindakan-tindakan yang dilakukan watak pemain dalam sesebuah permainan. Meskipun permainan berperanan pada peringkat awalnya bergantung kepada konsensus kumpulan, pertimbangan yang diambil seorang watak (Tuan Permainan ataupun Game Master) ataupun penggunaan nasib seperti dadu, generasi-generasi moden telah memperkenalkan judul permainan yang memiliki naratif ataupun penceritaan, untuk membenarkan permainan berperanan untuk mempengaruhi input kreatif serta output para pemain, justeru memainkan sesuatu peranan dan menggunakan peraturan adalah penting untuk membentuk produk terakhir sesebuah judul.

Sebuah sistem permainan berperanan memberi kesan kepada persekitaran permainan, yang wujud dalam beberapa bentuk. Sistem permainan berperanan generik, seperti d20 System dan GURPS, tidak terikat kepada sebuah penceritaan genre tertentu mahupun mana-mana latar kempen dan boleh digunakan sebagai rangka kerja untuk bermain dalam beberapa jenis RPG. Judul-judul lain, misalnya Dungeons & Dragons, direka untuk menonjolkan sesebuah genre atau gaya permainan tertentu, dan lain-lain, seperti edisi pertama dan kedua judul RuneQuest, tidak tertakluk kepada sebuah genre tertentu tetapi diberikan sebuah latar kempen tertentu di mana mekanik permainannya digabungkan bersama.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.