Negara satu parti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sistem satu parti)

Negara satu parti/ekaparti atau sistem satu parti ialah sejenis pemerintahan dibentuk hanya satu parti politik sahaja yang dibenarkan sambil tiada parti lain dapat mencalonkan ahli-ahlinya untuk pilihan raya, lazimnya dikuatkuasakan melalui fasal perlembagaan digubal untuk negara tersebut.[1] Adakalanya, istilah negara satu parti de facto digunakan untuk mentakrifkan sistem parti dominan di mana undang-undang atau amalan setempat melarang parti pembangkang daripada memperoleh kuasa. Sesetengah negara satu parti hanya melarang parti pembangkang sambil membenarkan kewujudan parti sekutu bawahan sebagai sebahahgian kerajaan campuran yang berkekalan, seperti barisan popular. Dalam sesetengah negara, parti dominan yang memerintah negara .sahaja. Sebagai contoh, di Kesatuan Soviet, Parti bermaksud Parti Komunis Kesatuan Soviet; begitu juga di bekas Republik Rakyat Poland di mana Parti di sana merujuk kepada Parti Buruh Bersatu Poland.

Sesetengah negara satu parti membenarkan pihak bukan ahli parti untuk merebut kerusi perundangan, seperti pergerakan Tangwai di Taiwan pada 1970-an dan 1980-an.

Kebanyakan negara satu parti dilahirkan daripada fahaman Leninisme dan sosialisme, tetapi ada juga yang timbul daripada daripada fasisme dan nasionalisme, atau sebaik sahaja merdeka dari penjajahan. Sistem satu parti selalunya timbul dari proses penyahjajahan kerana satu parti memegang peranan yang teramat dominan dalam perjuangan pembebasan atau kemerdekaan.

Contoh[sunting | sunting sumber]

Negara satu parti masa kini[sunting | sunting sumber]

Senarai berikut menyatakan negara-negara yang diperlembagakan sebagai negara satu parti (tepat pada tahun 2009) dan nama parti pemerintah tunggal:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Clark, William Roberts; Golder, Matt; Golder, Sona Nadenichek (2012-03-23). Principles of Comparative Politics (dalam bahasa Inggeris). SAGE. ISBN 9781608716791.