Sistem stereng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

SISTEM STERENG 1. Stereng memberikan arah kepada pemandu untuk mengawal kenderaan yang dipandunya. Gear dan penghubung stereng digunakan untuk memusingkan roda pada kedua-dua belah kenderaan supaya bergerak dengan licin dan teratur. 2. Stereng dibahagikan kepada dua jenis, iaitu stereng manual dan stereng kuasa. Kebanyakan kenderaan masa kini dipasang dengan stereng manual kerana mudah untuk dibaiki apabila mengalami kerosakan.

3. Stereng kuasa pula menggunakan cecair hidraulik dan mempunyai banyak komponen yang canggih. Walaupun stereng kuasa mempunyai kelebihan kerana boleh dipusing dengan ringan semasa memandu, tetapi dalam masa yang sama, boleh membahayakan keselamatan pemandu dan juga penumpang.

4. Sekiranya stereng itu mengalami kerosakan terutamanya ketika sedang memandu, kenderaan amat sukar untuk dikawal.

5. Penyelarasan roda yang betul dan tepat membolehkan pemandu mengawal roda stereng dengan tepat seperti yang dikehendaki dan membolehkan kenderaan menuju ke arah yang lurus tanpa gangguan.

6. Walaupun stereng kurang mengalami kerosakan, tetapi antara kegagalan yang selalu terdapat pada sistem ini adalah seperti yang berikut: a. Kenderaan sukar dikawal semasa memandu. b. Roda stereng berat untuk digerakkan