Siti Saleha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Siti Saleha
Siti Saleha pada 2011.
Kelahiran
Siti Saleha binti Mohd Baharum

(1990-03-14) 14 Mac 1990 (umur 34)
PendidikanDiploma Komunikasi Massa
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif2002–kini
Ketinggian165 cm (5 ka 5 in)
PasanganAhmad Lutfi Azhar (k. 2017; c. 2022)
Ibu bapa
  • Tracey Johnson/Aishah Rahman (ibu)
  • Mohd Baharum Abd Rahman (bapa)
HubunganSam Bunkface (abang)

Siti Saleha Mohd Baharum (lahir 14 Mac 1990) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia berketurunan Inggeris dan adik kepada vokalis kumpulan Bunkface, Sam Baharum. Beliau memulakan kerjayanya dalam dunia peragaan dan komersial sejak berusia 12 tahun, seterusnya mula menempa nama menerusi watak Nora Elena lakonan beliau bersama Aaron Aziz di dalam drama bersiri dengan tajuk sama yang disiarkan di TV3 mendapat sambutan hangat sehingga mencecah 1.3 juta penonton di laman Tonton.com.my.

Siti Saleha kemudiannya mencapai kejayaan komersial menerusi drama lakonannya termasuk Asmara Luna (2013), Ramadan Jangan Pergi (2014), Uda & Dara, 7 Hari Mencintaiku (kedua-duanya 2016) dan 7 Hari Mencintaiku 2 (2020). Beliau telah membintangi beberapa filem termasuk Kerat 14 dan Balada Pencinta (kedua-duanya 2013), Mamak Cupcake (2014) dan Langit Cinta (2016). Beliau juga dikenali sebagai seorang yang bijak dalam pengendalian kewangannya selain daripada wajahnya yang menawan.[1]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau memiliki darah kacukan Inggeris daripada ibunya, Tracey Johnson atau nama Melayunya Aishah Rahman yang mengahwini bapanya, berketurunan Melayu, Mohd Baharum Abdul Rahman. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik dibesarkan di Klang, Selangor. Abangnya ialah Sam Bunkface atau Sam yang merupakan vokalis kumpulan Bunkface.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2002, pada usia 12 tahun, Siti Saleha memulakan kerjaya awalnya sebagai model komersial dan pernah muncul dalam beberapa iklan TV sepanjang tempoh itu. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2008, menjayakan watak utama sebagai Zaleha dalam siri drama 8TV, 5 Jingga. Ia merupakan peranan lakonan utama pertamanya. kemudian diikuti oleh peranan kecil sebagai Farah dalam Kasut Tumit Tinggi. Pada tahun 2009, beliau memegang watak Jaslina Effendi dalam drama Kecuali Cintamu di Astro Prima. Beliau kemudiannya terus melakonkan watak pembantu dalam beberapa drama TV termasuk Awan Dania musim kedua dan Di Bawah Ketiak Isteri musim kedua.

Juga pada 2009, beliau membintangi telefilem sulungnya, Puaka Topeng Putih, diikuti oleh beberapa telefilem lain termasuk Hati Batu dan Senandung Semalam.

Dalam tahun 2010, Siti Saleha menerima peranan dramatik, menerusi peranan utama sebagai Maria dalam Habil & Qabil yang menyaksikan gandingan beliau bersama Aaron Aziz buat julung kalinya. Seterusnya, beliau digandingkan bersama Qi Razali dalam telefilem Bersalji Di Kuala Lumpur, yang mana beliau menjayakan watak utama sebagai Diana.[2]

Kemuncak kerjaya[sunting | sunting sumber]

Saleha di studio MeleTOP pada Mei 2016.

Nama Siti Saleha mula menjadi perhatian umum menerusi watak tajuk dalam drama waktu perdana TV3, Nora Elena yang sekali lagi menggandingkan beliau bersama Aaron Aziz yang memegang watak Seth Tan. Drama ini turut menggandingkan beliau bersama Zul Ariffin, dan diadaptasi daripada novel popular terbitan Karangkraf Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha yang mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang wanita bernama Nora Elena yang terganggu hidupnya akibat dihantui pengalaman pahit dirogol 10 tahun yang lalu. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham.

Bersama pelakon Beto Kusyairy, Siti Saleha berlakon dalam telefilem Aku, Dia dan Tong Sampah arahan Ismail Jamaluddin dan Megat Shahrizal (yang turut menulis lakonlayar) terbitan Playground Production yang disiarkan pada 3 Oktober 2012 di Skrin Di 9 TV9. Beliau memegang watak sebagai Sharnaz. Penerbit telefilem itu, Tuan Faisal Azmy berkata: "Ternyata gandingan beliau (Siti Saleha) bersama (Beto Kusyairy) dalam telefilem ini cukup serasi, sekali gus kedua pelakon ini berjaya menghidupkan watak yang diberikan."[3]

Kerjaya filem Siti Saleha bermula pada 2013, menerusi filem Kerat 14 arahan Arjin Uppal. Filem ini menyaksikan gandingan peranan filem pertama beliau bersama Aaron Aziz dan turut dibintangi oleh Zamarul Hisham dan Fouziah Gous, dan ia merupakan kejayaan komersial. Ia mengisahkan percintaan di antara Haziq dan Nurzara yang terbabit dalam satu kes jenayah berprofil tinggi.[4][5] Saleha menjayakan watak utama sebagai Syuhara dalam drama 15 episod Ruby di Slot Samarinda TV3 di samping Sharnaaz Ahmad. Drama ini mengisahkan tentang percintaan Syuhara dan Benjamin yang mulanya benci tetapi bertukar menjadi sayang. Walaupun Syuhara dan Benjamin berbeza kedudukan pangkat dan kekayaan, namun demi cinta sejati, mereka menempuhi pelbagai dugaan bersama.[6]

Juga pada 2013, Siti Saleha muncul dalam beberapa drama termasuk Asmara Luna dan Memberku Hawa. Selepas berjaya dengan filem pertama, beliau berlakon di samping Zizan Razak, Izara Aishah dan Usop Wilcha di dalam filem seram komedi apokaliptik adaptasi dari novel Zombijaya karya Adib Zaini terbitan Buku FIXI, KL Zombi arahan Woo Ming Jin yang ditayangkan pada 29 Ogos 2013[7] mengisahkan lima sekawan yang mempunyai impian dan cita-cita hidup yang tersendiri. Namun, segalanya menjadi porak peranda apabila sejenis wabak merbahaya yang menukarkan manusia menjadi zombi telah merebak di sekitar Kuala Lumpur. Gandingan beliau bersama Zizan telah melayakkan beliau menerima pencalonan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 bagi Gandingan Serasi di Layar Lebar, Siti Saleha sendiri juga memenangi kategori Pelakon TV dan Filem Paling Popular di anugerah sama.[8] Beliau juga menerima pencalonan di Anugerah MeleTOP Era 2014 bagi kategori Bintang Filem meleTOP menerusi filem sama.

Di bawah arahan pelakon, Khir Rahman, beliau berlakon bersama Johan As'ari dalam filem Balada Pencinta yang ditayangkan pada 24 Oktober 2013. Namun, ia menjadi kegagalan komersial, hanya meraih kutipan RM27 juta sahaja semasa tempoh tayangannya.[9]

Beliau berlakon di samping Shaheizy Sam dalam filem Mamak Cupcake arahan Woo Ming Jin yang ditayangkan pada 28 Ogos 2014.[10][11] [12] Seterusnya, beliau berlakon bersama Bront Palarae dalam filem cereka sains fantasi 2014, Terbaik dari Langit arahan Nik Amir Mustapha. Di dalam filem ini, beliau menjayakan watak Zelda, anak kepada seorang usahawan kaya.[13]

Siti Saleha dan Beto Kusyairy menghidupkan semula peranan mereka dalam kesinambungan telefilem Aku, Dia & Tong Sampah, yang berjudul Aku, Dia dan Tong Gas yang memulakan tayangan perdana di TV9 pada 3 April 2015.[14] Ia berkisarkan kehidupan Sharnaz dan Amir (Beto Kusyairy) selepas berkahwin. Mereka mengambil keputusan untuk berbulan madu di kampung bersama Tok Wan. Semuanya berjalan dengan lancar hinggalah Sharnaz bertemu Melati, rakan lama Amir. Telefilem ini turut dibintangi oleh Amerul Affendi, Nadiya Nisaa, Zaidi Omar, Fauziah Nawi dan Projek Disko Baldi. Selain itu, beliau turut berlakon dalam filem ketenteraan Bravo 5, memegang watak sebagai Aida, isteri kepada Leftenan Azri (lakonan Remy Ishak).

Juga pada 2015, Siti Saleha menjayakan peranan tajuk dalam drama Ayuni Safira di TV9,[15] yang diadaptasi daripada cerpen Hello My Slave karya Nor Shuhadatul Ain Zakaria.[16]

Tahun 2016 menjadi penanda aras untuk Siti Saleha yang mana beliau kembali berpasangan bersama Zul Ariffin menerusi watak lakonannya sebagai Siti Maryam dalam drama Uda & Dara yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Sasterawan Negara, Allahyarham Dato’ Usman Awang dan disiarkan di Astro Ria dari 24 Februari hingga 6 Mac 2016. Ini merupakan kolaborasi kedua beliau dengan Zul selepas Nora Elena.[17]

Juga pada tahun yang sama, Siti Saleha berlakon di samping Farid Kamil, Keith Foo dan Fazura dalam filem drama romantik Langit Cinta arahan Osman Ali, memegang watak sebagai Suzana. Beliau digandingkan bersama Shukri Yahaya dalam drama 7 Hari Mencintaiku di Slot Akasia TV3,[18] yang telah mencatatkan penarafan tontonan drama tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 12 juta penonton serta melayakkan beliau bersama Shukri memenangi Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 dan menerima pencalonan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016.[19][20][21]

Beliau memegang watak utama sebagai Puspa yang hilang ingatan akibat dipanah kilat dalam telefilem Kekasih Elektrik bersama Redza Minhat. Telefilem arahan Razaisyam Rashid dengan skrip ditulis oleh Nazri M. Annuar terbitan Playground Productions ini ditayangkan pada 11 Mac 2017 di Astro Citra dan menampilkan kameo daripada pelakon termasuk Bront Palarae, Beto Kusyairy dan Tony Eusoff, ini merupakan telefilem ketiga Siti Saleha bersama Playground selepas Aku, Dia & Tong Sampah dan Aku, Dia & Tong Gas.[22][23]

Beliau muncul dalam rancangan realiti TV Extreme Ends untuk siaran di saluran KIX.[24][25] Saleha bersama-sama dengan Aeril Zafrel, Pekin Ibrahim, Riz Amin, Johan As'ari, Cristina Suzanne, dan Dee Dee Nash telah menjayakan filem 7ujuh yang ditayangkan pada 8 November 2018, yang mana beliau memegang watak sebagai Tina.[26]

Pada tahun 2020, beliau kembali menjayakan watak sebagai Mia Adriana dalam drama siri popular 7 Hari Mencintaiku 2 di slot Akasia TV3 yang berjaya meraih rating berjumlah 12 juta penonton sepanjang 33 episod dan menjadi sohor kini di media sosial pada setiap episod membolehkan drama ini meraih populariti yang meluas seperti pada musim pertama.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Siti Saleha dibesarkan di Klang dan bersekolah di S.M.K. (P) Methodist, Klang. Beliau telah melangsungkan majlis pertunangannya dengan seorang pegawai kerajaan bernama Lutfi Azhar yang berusia 30 tahun ketika itu di sebuah majlis tertutup di kediaman keluarganya di Klang pada 26 November 2016.[27] Beliau dikatakan sudah bercinta dengan Lutfi sejak tahun lalu. Bermula sebagai kenalan biasa, lama - kelamaan perasaan itu bertukar ke arah perasaan cinta antara mereka berdua kerana selalu bertemu. Saleha dilamar oleh Lutfi ketika mereka menghadiri majlis perkahwinan teman baiknya di Cancun, Mexico, Julai lalu. Sejurus selepas dilamar, rombongan lelaki menyusul datang merisik.[28]

Siti Saleha juga merancang untuk melangsungkan perkahwinan dengan tunangannya Lutfi Azhar selepas Hari Raya Aidilfitri tahun 2017. Namun, mereka berdua masih belum mempunyai tarikh sebenar untuk majlis istimewa tersebut.[29]

Pada 28 Julai 2017, Siti Saleha sah bergelar isteri kepada Ahmad Lutfi Azhar dengan sekali lafaz. Pernikahan mereka turut disaksikan seramai 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.[30][31][32]

Walaupun begitu, beliau memfailkan perceraian empat tahun kemudian pada Oktober 2021 atas sebab-sebab yang sulit; perkahwinan mereka tidak mendatangkan sebarang cahaya mata.[33] Pada 17 Januari 2022, Siti Saleha sah bercerai dengan talak satu.[34]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2013 Kerat 14 Nurzara Filem pertama
KL Zombi Nora
Balada Pencinta Aisyah
2014 Mamak Cupcake Juliana
Terbaik dari Langit Zelda
2015 Bravo 5 Aida
2016 Langit Cinta Suzana
2017 Aku Bukan Spy Pevita
Pak Pong Puteri Serapit
2018 7ujuh Tina
The Spiral Melanie / Katarina / Alice
2021 Proksi Diana
2022 Rajawali[35] Maya
Seratus Jururawat Penampilan khas

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 5 Jingga Zaleha 8TV Drama pertama
Kasut Tumit Tinggi Farah Astro Prima
Kapten Boleh Astro Ceria
2009 Kecuali Cintamu Jaslina Astro Prima
Kau Laksana Bulan TV2
Awan Dania (Musim 2) Astro Ria
2010 Di Bawah Ketiak Isteri (Musim 2) Noni Astro Prima
Syurgamu Ramadhan Adura TV3
Habil & Qabil Maria
2011 Ustaz Amirul Munirah
Nora Elena Nora Elena
Mistik Alam Hitam Puteri Astro Ria
2012 Cinta Alif Ba Ta Zulaikha TV AlHijrah
Terlanjur Cinta Nia Maizura TV9
2013 Ruby Syuhara TV3
Asmara Luna Luna
Memberku Hawa Nur Hawa Astro Ria
2014 Aku Ada Wali Syumaila TV AlHijrah
Ramadan Jangan Pergi Farah TV3
Manis Anis Astro Ria
2015 Ayuni Safira Ayuni Safira TV9
2016 Uda & Dara Siti Mariam Astro Prima
7 Hari Mencintaiku Mia Adriana TV3
2017 Mandatori Juliana Johari Astro First Eksklusif
2018 Bila Aidil Ada Fitri Fitri Syafiah Astro Oasis
Jika Masih Ada Rindu Wahida TV3
2019–2021 Black Sofia Farid Viu Adaptasi drama Korea
2020 Manuskrip Cinta Dian Aryani TV Okey
7 Hari Mencintaiku 2 Mia Adriana TV3
2021 Scammer Amy Astro Ria
2022 Love In Lockdown Suzanna Sooka
7 Hari Mencintaiku 3 Mia Adriana TV3
Scammer 2 Amy Astro Ria Penampilan khas
Hilang Wangi Viu
2023 That Cover Girl Sofi Safwan Prime Video
2024 SeOfis Sam (Samirah) Tonton

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Puaka Topeng Putih Laila Astro Ria
Senandung Semalam Astro Prima
Baju Raya Mona Astro Ria
2010 Bersalji di Kuala Lumpur Diana Astro Citra
Member Nenek Ain TV1
2011 Gincu Maria TV9
Sudu & Garfu Aliya TV3
Cintaku 120 km/j Asminar
Rebah Di Hujung Taubat Nisha Astro Prima
Kekasih Awal dan Akhir Akhirah TV9
Aku Untuk Siapa Julia TV3
2012 Semadikan Aku Elly
Izan Azizan TV9
7 Hari Di Neraka Mariam
Syawal Aidil Dan Fitri TV AlHijrah
Pelita Buluh Tok Wan TV3
Bila Kerbau Bunting Berkubang Astro Warna
Aku, Dia dan Tong Sampah[36] Sharnaz TV9
Bukan Itu Takdirku
2013 Dari Kerana Mata TV3
Kisah Sebenar Mengenai Bibah Bibah TV9
2014 Sekilas Cinta Izara TVi
Luth Mahfuz Ema TV3
Mat Gedebe Cikgu Murni TV9
Hati Untuk Siapa Astro Prima
Cinta Hati Suri Suri TV3
Cikgu Gangster Maria Astro Ria
Ketupat Rendang Keju Alysa Astro Warna
2015 Aku, Dia dan Tong Gas Sharnaz TV9
Cintaku Tertinggal Di Mostar Zulaikha TV3
Tak Nak Balik Raya Uda Astro First Eksklusif
Parut Sarajevo Naida Beslajic TV9
Ada Sejadah Panjang Terbentang Siti Aishah
Cinta Paling Agung Amyza Astro First Eksklusif
2016 Maduku Telefon Bimbit Mastura TV2
Malam Ku Bermimpi TV1
2017 Kekasih Elektrik Puspa Astro Citra
Isteri Untuk Abang Long Dian TV9
Memori Pajeri Nenas Camelia Astro First Eksklusif
Mat So'od Samsiah Astro Citra
Sekolah Api
Gadis Kosmos Puspa
2018 Hamba Iblis Aishah
Bulan, Bintang & Sayang Lily/Seri ntv7
I Heart You Cik Yah Badariah Astro Citra
2020 Anais Patah Hati Pertama Kali Anais
Koboi & Vampire Budi Astro Boo
2021 Ancak Hanis Astro Citra
2023 Mendarat Di Syurga Julia TV3
Seindah Kasih The Movie Sharifah tonton
Sempurna Rossa TV3

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Terbitan
2009 Stage Therapy Electric Minds Project
2014 AsramaRaAllStars Laili Revolution Stage
2016 Zombi La La La CTRA Production

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2011 Gerbang AIM Artis Jemputan Astro Ria
2013 Projek Gila TV9
2022–2023 Women Talk Pengacara bersama TV3
2022 Muzikal Lawak Superstar (Musim 3) Juri Astro Warna
Sepahtu Reunion Live Bella Episod: "Kau Culik Cintaku"

Videografi[sunting | sunting sumber]

Penampilan muzik video
Tahun Tajuk lagu Artis
2011 "Legasi Cleopatra" Erul AF9
2012 "Untuk Dia" Sleeq dan Najwa Latif
Persembahan nyanyian
Tahun Acara Tajuk Lagu Artis Tempat
2015 Konsert Tapestry Of Colour Universiti Teknologi Petronas Four Five Seconds Siti Saleha & Sam Bunkface Dewan Filharmonik Petronas KLCC
Ghazal Empat Dara Siti Saleha
Stand By Me Siti Saleha & Datuk Dr. Abdul Rahim Hashim Naib Canselor UTP serta peserta konsert

Endorsmen[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2011
Anugerah Skrin ke–15
Anugerah Artis Harapan Pantene Sudu & Garfu Tercalon
2012
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26
Pelakon TV Wanita Popular[38] Tercalon
2013
Anugerah Bella
Anugerah Skrin Bella Tercalon
Anugerah Melodi
Artis Wanita Pilihan Tercalon
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur
Aktres Pilihan Ruby Tercalon
Barisan Pelakon Pilihan Tercalon
Pasangan Pilihan (bersama Sharnaaz Ahmad) Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27
Pelakon TV Wanita Popular Menang
Pelakon Filem Wanita Popular Menang
Gandingan Serasi Di Layar (bersama Zizan Razak) Tercalon
2014
Anugerah Stail EH!
Selebriti Wanita Paling Seksi [39] Tercalon
Anugerah MeleTOP Era
Bintang Filem Meletop KL Zombi Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-26
Pelakon Harapan Wanita Kerat 14 Tercalon
2015
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28
Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Pelakon Filem Wanita Popular Menang
Anugerah Melodi
Artis Wanita Pilihan Tercalon
Anugerah Skrin ke–19
Pelakon Wanita Terbaik Drama Ada Sejadah Panjang Terbentang Tercalon
2016
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29
Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
2017
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur
Aktres Pilihan 7 Hari Mencintaiku[40] Tercalon
Pasangan Pilihan (bersama Shukri Yahaya) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30
Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
Gandingan Serasi Drama (bersama Shukri Yahaya) 7 Hari Mencintaiku Tercalon
Anugerah Stail EH!
Selebriti Wanita Paling Seksi Tercalon
2018
Anugerah Telenovela
Pelakon Wanita Terbaik Telenovela Mandatori Menang
2019
Anugerah Skrin ke–23
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem 7ujuh Menang
2020
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33
Pelakon TV Wanita Popular Menang
2021
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34
Pelakon TV Wanita Popular Menang
Gandingan Serasi Drama (bersama Shukri Yahaya) 7 Hari Mencintaiku 2 Tercalon
Anugerah Drama Sangat 2021
Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
Pasangan Drama Terbaik (bersama Shukri Yahaya) Menang
2023 Anugerah Telenovela Pelakon Wanita Popular (2020) 7 Hari Mencintaiku 2 Menang
Pasangan Serasi Popular (bersama Shukri Yahaya) Tercalon
Ratu Telenovela Menang
Pelakon Wanita Terbaik 7 Hari Mencintaiku 3 Tercalon
Pasangan Drama Terbaik (bersama Shukri Yahaya) Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Siti Saleha: Lebih Daripada Wajah Yang Menawan (Wawancara). iMoney.my. Diperoleh pada Julai 9, 2015.
  2. ^ Hong Boon How (24 Julai 2011). "Siti Saleha rolls with the punches". Carsifu. Dicapai pada 11 Mei 2014.
  3. ^ "Aku, Dia dan Tong Sampah, dari teater ke telefilem". Sinar Harian. 13 Ogos 2012. Dicapai pada 11 Mei 2014.
  4. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (15 Februari 2013). "Kerat 14 tak sehebat judulnya". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-25. Dicapai pada 11 Mei 2014.
  5. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (31 Januari 2013). "Kerat 14 tiada kaitan kisah pembunuhan sebenar". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-31. Dicapai pada 11 Mei 2014.
  6. ^ Budiey (13 Januari 2013). "Sinopsis drama bersiri Ruby". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 11 Mei 2014.
  7. ^ KL Zombi tidak seram Diarkibkan 2017-10-25 di Wayback Machine Kosmo! (15 September 2013). Diperoleh pada 25 Oktober 2017.
  8. ^ Filem KL Zombi Kutip RM2 Juta Selepas Empat Hari Tayangan Rotikaya (2 September 2013). Diperoleh pada 25 Oktober 2017.
  9. ^ Romantis cara Johan, Saleha Kosmo! (24 Oktober 2013). Dicapai pada 4 Julai 2015.
  10. ^ Aqmar Mustaza (25 Ogos 2014).Mamak Cupcake satukan Sam & Saleha Sinar Harian. Diperoleh pada 1 September 2014.
  11. ^ Jodoh Shaheizy Sam, Siti Saleha Kosmo! (30 Ogos 2014). Diperoleh pada 1 September 2014.
  12. ^ "'Mamak Cupcake' actress has a sweet tooth". The Star (Malaysia). 11 September 2014. Dicapai pada 20 Februari 2015.
  13. ^ Hului, Patricia (25 April 2015). "Terbaik Dari Langit: A little film with big ambition". The Borneo Post.
  14. ^ https://rainfallasleep.blogspot.my/2015/04/skrin-di-9-aku-dia-dan-tong-gas-2015.html
  15. ^ Zaidi Mohamad (13 April 2015). "TV9 siar drama Ayuni Safira". Berita Harian. Dicapai pada 11 Mei 2015.
  16. ^ "Adaptasi cerpen: Ayuni Safira sarat konflik". Sinar Harian. 27 Mei 2015. Dicapai pada 1 Jun 2015.
  17. ^ "Siti Saleha bakal muncul dalam drama terbaharu 'Uda dan Dara'". Astro Awani. 6 Februari 2016. Dicapai pada 1 Jun 2016.
  18. ^ Budiey (4 November 2016). "Drama 7 Hari Mencintaiku lakonan Shukri Yahaya & Siti Saleha". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 11 Mei 2017.
  19. ^ Naufal Idrus (13 Ogos 2012). "Watak Mia Adriana serlahkan Siti Saleha". Sinar Harian. Dicapai pada 11 Mei 2017.
  20. ^ Naufal Idrus (25 Disember 2016). "Siti Saleha terima penangan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 11 Mei 2017.
  21. ^ Angelin Yeoh (30 March 2017). "Actress Siti Saleha and the importance of knowing your self worth". Star2. Dicapai pada 11 Mei 2017.
  22. ^ http://www.myinfotaip.com/2017/03/kekasih-elektrik.html
  23. ^ "Kekasih Elektrik: Cinta dari sudut pandang lelaki". Utusan Malaysia. 6 Disember 2016. Dicapai pada 11 Mei 2017.
  24. ^ Nor Eryani Yusop (7 Oktober 2018). "Eksplorasi diri, watak & Siti Saleha". Kosmo!. Dicapai pada 24 Oktober 2018.
  25. ^ Mumtaj Begum (16 Oktober 2018). "Siti Saleha goes into action mode in Extreme Ends". Star2. Dicapai pada 24 Oktober 2018.
  26. ^ Dennis Chua (2 November 2018). #Showbiz: Seven deadly sinners New Straits Times. Dicapai pada 11 November 2018.
  27. ^ 26 November 2016. Siti Saleha kini tunangan Lutfi Azhar - Hiburan Sinar Harian
  28. ^ 26 November 2016. Siti Saleha Sah Tunangan Lutfi Setelah Setahun Berkenalan. Mynewshub
  29. ^ 12 Januari 2017. Siti Saleha & Lutfi Rancang Nikah Lepas Raya - Berita Hiburan. mStar
  30. ^ Syarrizuan Abdul Rashid (28 Julai 2017). "Siti Saleha sah jadi isteri Lutfi". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-28. Dicapai pada 28 Julai 2017.
  31. ^ Syafil Syazwan Jefri (28 Julai 2017). "Siti Saleha selamat diijabkabul". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-30. Dicapai pada 28 Julai 2017.
  32. ^ Retrieved on 30 July 2017. Actress Siti Saleha and hubby want 11 children. The Star Online
  33. ^ Mohammad Shahmey Azmi (14 Oktober 2021). "Isu cerai, Siti Saleha dibanjiri doa, kata-kata semangat". Kosmo!. Dicapai pada 15 Oktober 2021.
  34. ^ ABU BAKAR, FATHULLAH. "Siti Saleha sah bercerai talak satu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 17 January 2022.
  35. ^ 27 Ogos 2013. Pertarungan klimaks M. Nasir, Faizal Hussein. Kosmo
  36. ^ Playground Productions Hasilkan Aku, Dia Dan Tong Sampah. gua. Ogos 8, 2012.
  37. ^ Astro Plug & Play Box. Saksikan Astro tanpa gangguan!
  38. ^ Top 5 APBBH 2012, Zizan Razak Dahului Dengan 8 Pencalonan. gua. Januari 9, 2013.
  39. ^ Pilih selebriti paling ‘stailo’[pautan mati kekal]
  40. ^ Nor Eryani Yusop (11 April 2017). Malam 7 Hari Mencintaiku DFKL. Kosmo!. 12 April 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]