Siti Fairuz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato'

Siti Fairuz
Kelahiran
Siti Fairuz binti Sheikh Mohamed

1964 (umur 59–60)
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1985 – kini
Pasangan
  • Mohamad Zainuddin Kordi (k. 1988; c. 2008)
  • Syed Mohamed Syed Ismail (k. 2023)
Anak-anak5

Yang Berbahagia Dato' Siti Fairuz binti Sheikh Mohamed atau Siti Fairuz (lahir; 1964 di Kuantan, Pahang)[1] adalah seorang penyanyi pop Melayu yang popular pada pertengahan dekad 80-an[2] di Malaysia dan Indonesia. Beliau muncul dalam industri dalam tempoh yang singkat dari 1985 - 1989 tetapi berjaya meninggalkan impak tersendiri kepada peminat-peminatnya dengan wajah manis dan suara lunak mendayu. Nama beliau cukup popular bersama rangkaian lagu-lagu hits pada era itu malahan pernah dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian dalam kategori sengit Penyanyi Wanita Popular.

Komposer Ahmad Nawab adalah komposer yang bertanggungjawab membimbing Siti ke peringkat yang lebih tinggi dalam dunia seni suara. Buktinya, Siti berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu anjuran TV3 sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1986 menerusi lagu "Usah Bertanya Lagi" yang juga merupakan lagu juara bulanan pertama untuk rancangan Muzik Muzik dan tentunya lagu malar segarnya, "Bila Rindu Ku Sebut Namamu"[3] , kedua-duanya ciptaan Ahmad Nawab. Siti juga, menerusi penyertaan keduanya, merupakan penyanyi bertudung litup pertama yang membuat persembahan dalam acara muzik tahunan tersebut. Lagu Bunga Kasih, merupakan lagu duet Siti bersama Kazar untuk filem Gila-Gila Remaja.

Setelah berumahtangga pada 1988, beliau mengambil keputusan untuk bersara dari dunia seni suara hinggalah kemunculan pertama di kaca TV pada tahun 2010 dengan membuat persembahan di Anugerah Media Islam Negara. Ketika itu beliau di dalam proses perceraian dan tuntutan harta sepencarian berjumlah RM2 juta.[4] Pada 18 April 2023 beliau kembali bergelar isteri selepas berkahwin dengan seorang usahawan 72 tahun, Syed Mohamed Syed Ismail.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album rakaman Siti Fairuz
Album Tahun Label Nota
Wajah Cinta 1985[5] Malaysian Recording Corp (MRC) 1. Lagu Usah Bertanya Lagi di side A3.
2. Penyanyi jemputan, Kazar
Bila Rindu Ku Sebut Namamu 1987 Pacific Music Corporation (PMC) 1. PMC kemudian menjadi BMG Pacific. Dalam tahun 1995, BMG Pacific menjadi BMG Music. Kemudian, dimiliki oleh Sony Music.
2. Lagu Bila Rindu Ku Sebut Namamu di side A1.
Penantian Belum Berakhir 1988
Rindu 2017 Album mempunyai 2 lagu[6]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Isa, Mohd Haikal (2021-05-07). "Daripada malukan diri atas pentas, lebih baik saya". Kosmo Online. Media Mulia Sdn Bhd. Dicapai pada 2022-04-29.
  2. ^ Jani, Nafsiah (2021-03-29). "Siti Fairuz bergelar janda buat kali kedua". Bebas News. Rare Media Sdn Bhd. Dicapai pada 2022-04-29.
  3. ^ "Hadiah Siti Fairuz Kepada Peminat". Youth Bernama. Bernama. 2016-02-12. Dicapai pada 2022-04-29.
  4. ^ Sha ari, Salwa (2010-11-26). "Persetujuan Tuntutan Harta Sepencarian Siti Fairuz 13 Disember". MStar. Star Media Group Berhad. Dicapai pada 2022-04-29.
  5. ^ "Siti Fairuz – Wajah Cinta". Discogs. Dicapai pada 2022-04-29.
  6. ^ Ishak, Ariffuddin (2017-03-17). "Saya Masih Boleh Menyanyi". MStar. Star Media Group Berhad. Dicapai pada 2022-04-29.
  7. ^ DUA KSU dahului senarai penerima darjah, pingat Pahang

Pautan luar[sunting | sunting sumber]