Siti Hajar isteri Nabi Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Siti Hajar (Bahasa Arab: هاجر‎) adalah isteri kedua Nabi Ibrahim. Kisahnya disebut dalam al-Quram walaupun namanya tidak disebut. Selain dalam Islam, kisah beliau juga disebut dalam tradisi agama Yahudi dan Kristian.

Menurut Islam[sunting | sunting sumber]

Asalnya Hajar pembantu Siti Sarah, isteri pertama Nabi Ibrahim. Siti Hajar berkulit hitam berasal dari Qibti, Mesir, dayang hadiah daripada raja Mesir.[1] Mulanya Siti Sarah setuju Siti Hajar berkahwin dengan Ibrahim kerana dia sendiri tidak dapat beranak (mandul).

Kemudian rasa cemburu timbul melihat Siti Hajar sedang mengandung. Walaupun Sarah cantik tetapi terasa dikalahkan kerana belum mengandung. Keretakan rumah tangga berlaku. Oleh itu dia menyarankan suaminya membawa bekas hambanya itu jauh-jauh. Bagaimanapun, tidak lama kemudian Sarah pula mengandung dan mendapat anak lelaki bernama Ishaq.

Dari Syam, Nabi Ibrahim membawa Siti hajar dengan unta ke selatan hingga ke tapak kota purba bernama Faran yang kini adalah lokasi Makkah. Tiada seorang manusia pun ada di situ ketika itu dan ini menimbulkan rasa bimbang kepada Siti Hajar. Nabi Ibrahim meminta Siti Hajar bertawakal kerana "Dialah (Allah) yang memerintahkan aku membawamu ke sini". Nabi Ibrahim meninggalkan mereka dan kembali ke Palestin. Pada saat genting kehausan dan kelaparan, Siti Hajar berlari 7 kali dari Bukit Safa ke Marwah.

Pada saat inilah munculnya Telaga Zam-Zam. Air zam zam yang memancut keluar ini menarik perhatian burung-burung. Kafilah Arab juga perasan dengan kehadiran burung-burung dan pergi ke sana. Akhirnya mereka setuju menetap di sana dan membangunkan kota.

Tiga belas tahun kemudian, Nabi Ibrahim kembali menemui isterinya Siti Hajar dan Ismail dan sama-sama membina Baitul Haram yang berbentuk empat segi. Sebelum ini ia telah dibina oleh Nabi Adam. Setelah itu Nabi Ibrahim kembali semula ke utara iaitu di Palestin di mana isteri Siti Sarah dan anaknya Nabi Ishak tinggal.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Afnan H. Fatani (2006). Oliver Leaman, pengarang. The Qur'an: an encyclopedia. Great Britain: Routeledge. ms. 234–236. 
  2. [Abu Mazaya Al-Hafiz, 'Sejarah Lengkap Nabi & Rasul Dalam Al Quran', Al hidayah Publication, Kuala Lumpur, hlm 313, 379]