Siti Mariah Mahmud
| Yang Berhormat Siti Mariah Mahmud |
|
![]() |
|
|
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
|
|
|
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 8 Mac 2008 |
|
| Didahului oleh | S. A. Vigneswaran (BN) |
|---|---|
| Majoriti | 20,751 |
|
|
|
| Tarikh lahir | 14 Februari 1958 |
| Tempat lahir | Pokok Sena, Kedah |
| Parti politik | |
| Tempat tinggal | Sungai Buloh |
| Pekerjaan | Ahli Parlimen |
| Agama | Islam |
Siti Mariah Mahmud merupakan Ahli Parlimen Kota Raja, Selangor dari PAS. Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat.
Beliau dilahirkan pada 14 Februari 1958.
Isi kandungan |
Pendidikan [sunting]
Beliau memperolehi ijazah sarjana muda perubatan dari Universiti Kaherah, Mesir serta Sarjana Fisiologi dari University of London United Kingdom dan Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.
Kerjaya [sunting]
Beliau pernah menjadi pegawai perubatan dah pensyarah.
Politik [sunting]
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, S.A. Vigneswaran dengan majoriti sebanyak 20,751 undi. Beliau memperolehi 38,630 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 17,879 undi. Majoriti yang diterima oleh beliau adalah yang tertinggi pernah dicatatkan oleh calon PAS walaupun beliau bertanding dalam kawasan Parlimen yang mempunyai peratusan pengundi India agak tinggi.
