Siti Sarah Raisuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Siti Sarah Raisuddin
Kelahiran Siti Sarah binti Raisuddin
15 September 1984 (29 tahun)
Tempat tinggal Kuala Lumpur
Warganegara  Malaysia
Nama lain Siti Sarah, Siti Sarah Raisuddin
Pekerjaan Penyanyi
Terkenal kerana One in a Million
Agama Islam
Pasangan Shahmira Muhamad (Shuib)
Anak Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra
Ibu bapa Raisuddin Hamzah (bapa)

Siti Sarah binti Raisuddin atau lebih dikenali sebagai Siti Sarah dilahirkan pada 15 September 1984 (29 tahun), merupakan salah seorang penyanyi di Malaysia.

Siti Sarah memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau berjaya menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001. Beliau juga berjaya menggondol anugerah "Artis Baru Terbaik", "Album Pop Terbaik" dan "Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM 2003)". Selain dari itu, beliau juga berjaya mendapatkan dua lagi pengiktirafan untuk "Anugerah Planet Muzik 2003 (APM2003)", iaitu dalam kategori "Artis Wanita Popular" dan juga "Artis Wanita Terbaik".

Bapanya, Raisuddin Hamzah juga telah memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi apabila beliau memasuki pertandingan yang sama pada tahun 1980-an dahulu.

Siti Sarah menyertai pertandingan realiti musim kedua One in a Million yang menyaksikan artis rakaman termasuk beliau bersaing dengan muka-muka baru untuk meraih RM1,000,000 sebagai pembiayaan kerjaya muzik. Beliau mendapat tempat ketiga.

Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 bersama Shahmira Muhamad (Shuib) dan mendapat dua orang anak iaitu Uwais Alqarni dan Dzahira Talita Zahra yang membawa maksud gadis yang berzikir bagai bunga.[1]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • Satu Kepastian (2007)

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
2002 "Kesetiaan" 1 1 Sarah
"Ku Teruskan" 6
"Ke Hujung Dunia"
2003 "Pesan Mamaku" 4
"Sandarkan Pada Kenangan"
duet bersama Jamal Abdillah
1 Raja Pop
"Saat Hilang Cintamu" 1 Mimpi Pun Sama
2004 "Jangan Kau Mimpi" 1
"Kenangi Daku"
"Mimpi Pun Sama"
"Tinggalkan Diriku" 2
"Loka Logiknya"
bersama Ajai & Deja Moss
Terbaik Ajai
2005 "Suluhkan Sinar"
nyanyian bersama Misha Omar, Anita Sarawak, Erra Fazira, Dayang Nurfaizah, Ezlynn,
Jaclyn Victor, Ning Baizura, Vince Chong, Zahid Baharuddin, Hazami, Fazley Yaacob, kumpulan
Rabbani, Alleycats, Spider, Ruffedge, KRU dan Raihan
dengan sokongan Waheeda, DJ Dave, Yana Samsuddin, AC Mizal, Azharina Azhar, Malissa Januddin, Ifa Raziah, Juliza Adzlizan, Salimah Mahmood, Sasi The Don, kumpulan Nitrus, Sofaz, Def Gab C, Phynne Ballerz, Pretty Ugly, Slam, Newboyz, By'U, D;Va, dan pelajar Akademi Fantasia
CD Amal Tsunami
"Malis Cinta" Tiada Dikau Tiada Makna
"Bersamamu" 1
2006 "Menari Denganku"
duet bersama Zahid Baharuddin
1
"Cinta Usia Kita"
2007 "Pasti Berbeza" Satu Kepastian
2012 "Cinta Itu Nyawa"
duet bersama Shuib
20 Non-album Single

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]