Siti Zailah Muhd Yusoff
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Yang Berhormat Siti Zailah Muhd Yusoff |
|
![]() |
|
|
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 8 Mac 2008 |
|
| Didahului oleh | Abdul Fatah Harun (PAS) |
|---|---|
| Majoriti | 4,486 |
|
|
|
| Tempat lahir | Rantau Panjang, Kelantan |
| Parti politik | |
| Pekerjaan | Ahli Parlimen |
| Agama | Islam |
Siti Zailah Muhd Yusoff merupakan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan dari PAS. Beliau dilahirkan di Rantau Panjang, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan di UiTM Shah Alam, Selangor.
Isi kandungan |
Politik [sunting]
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Mohd. Afandi Yusoff serta calon bebas, Isma Airfath Hassanuddin dengan majoriti sebanyak 4,486 undi. Beliau memperolehi 19,344 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 14,858 undi.
Pengalaman [sunting]
- Pengerusi Persatuan Pelajar (SMIP).
- Ahli Dewan Negara (selama 6 tahun)
- Pegawai Dakwah Halaqat, JAHEAIK (selama 5 tahun)
- Ahli Lembaga Hakim Pelawat Depot Tahanan PATI, Jabatan Penjara Malaysia
- Ahli Lembaga Pengarah KELKON SDN. BHD.
- Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pusat
- Ketua Dewan Muslimat Negeri Kelantan
- Ahli Mesyuarat Majlis Daerah Tanah Merah
- Setiausaha Dewan Muslimat Kawasan Kuala Krai
- Ketua Dewan Muslimat Kawasana Tanah Merah
- Timbalan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Parlimen dan DUN Muslimat Pusat
- Penceramah, Panel Forum dan Pentazkirah Radio Manis FM
Jawatan di Dalam Parti [sunting]
- Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
- Ketua Muslimat Negeri Kelantan
- Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan
- Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tanah Merah
- Timbalan Pengarah IV Jabatan Pilihanraya Negeri Kelantan
- Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dewan Muslimat Negeri Kelantan
- Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik dan Pilihanraya Negeri Kelantan
Keluarga [sunting]
Pada 21 November 2011, anaknya Ahmad Saleh Rahimi, 7, meninggal dunia di Hospital Selayang setelah dimasukkan ke wad rawatan rapi (ICU) sejak 13 November 2011 akibat menghidap penyakit buah pinggang. Jenazah dibawa pulang ke Tanah Merah.
