Sitti Navarro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sitti Navarro
Sitti sedang menyanyi di Pomona, California.
Latar belakang
Nama lahirSitti Katrina Baiddin Navarro
Juga dikenali sebagai
Ratu Bossa Nova Filipina
Kelahiran (1984-11-29) 29 November 1984 (umur 39)
Manila, Filipina
Berasal dariLas Piñas
GenreBossa nova, jaz, Pinoy pop
PekerjaanPenyanyi, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif2006-kini
Syarikat rakaman
Warner Music Group
Laman sesawang
www.sittionline.com

Sitti Navarro (dilahirkan pada 29 November 1984[1] di Las Piñas), juga dikenali sebagai Sitti, merupakan penyanyi bossa nova berketurunan Filipina.[2] Selepas mengeluarkan album sulungnya, Café Bossa pada tahun 2006, penggiat genre bossa nova di Filipina telah mengikutinya jejak langkahnya.[3] Beliau pernah muncul dalam segmen "A.S.A.P. Sessionistas" dalam sebuah rancangan anekaragam ASAP.[4]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Sitti ketika konsert di SM Taytay.

Beliau merupakan anak kepada seorang peguam bernama Rolando Navarro, dan Lydia Baiddin. Beliau mempunyai keturunan Samal dan Tausūg.[5] Pada April 2005, beliau diiktiraf sebagai graduan setelah berjaya memperoleh ijazah dalam bidang Perniagaan Ekonomi daripada Universiti Filipina, Diliman. Selain itu, beliau pernah menjadi kelompok dalam senarai dekan di universiti berkenaan.[6] Pada peringkat sekolah menengah, beliau memegang jawatan ketua pengarang untuk akhbar sekolahnya serta menjadi pengacara majlis perpisahan untuk kelasnya.[1]

Pada peringkat kolej pula, beliau aktif sebagai ahli Jawatankuasa Tempatan AIESEC dan menjadi Naib Presiden untuk Outgoing Exchange dari tahun 2003 hingga 2004.[7] Di samping itu, beliau menjadi ahli dalam Organization of Business Economics Majors (OBEM).[perlu rujukan]

Beliau telah memenangi dua anugerah bagi pertandingan ratu cantik: gelaran Miss Visayas 2001 dalam Miss Travel Girl Pageant, dan naib juara pertama bagi gelaran Miss Silka di mana gelaran Miss Friendship dan Best in Swimwear turut diperolehinya.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "When the city falls in love with Sitti this Valentine's". The Freeman. The Philippine Star. Dicapai pada 2010-01-21.
  2. ^ Francisco, Mark (2008-04-14). "Sitti Navarro wows Cagayan de Oro". Sun.Star Cagayan de Oro. Dicapai pada 2010-01-21.
  3. ^ "Erik, Sitti in Extraordinary Songs". The Philippine Star. 2009-11-09. Dicapai pada 2010-01-21.
  4. ^ "A.S.A.P. Sessionistas at the Big Dome". Philippine Star. 2009-08-23. Dicapai pada 2010-01-21.</Losorata, Yugel (2007-09-16). "Sitti up for more conquests". Manila Bulletin. Dicapai pada 2012-12-19.
  5. ^ Betonio, Terry (2010-02-09). "Simply Sitti". Sun Star Cagayan de Oro. Dicapai pada 2012-12-19.
  6. ^ Sandiego, Bettina (2009-11-24). "Erik Santos and Sitti Navarro team up for an "Extraordinary" concert, Nov 21". Philippine Entertainment Portal. Dicapai pada 2010-01-21.
  7. ^ "Sitti will perform for a charity concert on December 10". 2008-11-08. Dicapai pada 2010-01-21.