Skala (muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam muzik, skala ialah jujukan not muzik yang menaik atau menurun.

Dalam konteks zaman amalan biasa (apa yang digelar zaman muzik klasikal dalam sejarah muzik Barat) sebahagian atau kesemua karya muzik, termasuk melodi dan/atau harmoni dibina daripada not-not yang terkandung dalam satu skala. Not-not ini mudah ditulis pada staf dengan menggunakan tanda nada.[1]

Not-not skala diatur mengikut pic. Jeda antara dua not yang bersebelahan memberikan kaedah mengklasifikasi skala muzik. Sebagai contoh, skala major ditakrif mengikut corak jeda T-T-S-T-T-T-S, di mana T ialah ton penuh dan S semiton. Skala dibahagikan kepada beberapa kategori berlandaskan corak jeda: skala dwiton, skala kromat, major, minor, dan lain.

Sekumpulan not khusus dapat diperikan sebagai skala C major, D minor, dan sebagainya, dengan mengambil kira tonik, yakni darjah pertama, skala. Misalnya, C-major menunjukkan skala major di mana not C ialah toniknya.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Skala, tangga, dan jeda[sunting | sunting sumber]

Skala selalunya disenaraikan dari rendah ke tinggi. Kebanyakan skala, melainkan skala Bohlen–Pierce mengulangi oktaf—corak not sama pada setiap oktaf. Skala di mana oktaf berulang boleh digambarkan sebagai tataletak bulatan mengikut kelas pic yang menaik ataupun menurun. Contoh: skala C yang menaik ialah C-D-E-F-G-A-B-[C] (tanda kurung siku menunjukkan not ini terdapat dalam oktaf yang lebih tinggi); dalam skala C menurun pula jujukannya ialah C-B-A-G-F-E-D-[C], dan C di dalam kurungan ialah not pada oktaf yang lebih rendah.

Jarak di antara dua not berturutan dalam skala digelar tangga skala atau darjah.

Not dalam skala dinomborkan mengikut kedudukan tangga not dari akar skala. Misalnya, dalam skala C major, not pertama ialah C, not kedua D, not ketiga E, dan seterusnya. Dua not dapat dinomborkan relatif satu sama lain: C dan E menimbulkan jeda sepertiga (dalam kes ini sepertiga major); D dan F juga menimbulkan sepertiga, yakni sepertiga [[skala minor|minor.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Bruce Benward and Marilyn Nadine Saker, Music: In Theory and Practice, seventh edition (Boston: McGraw-Hill, 2003): vol. 1, p.25. ISBN 978-0-07-294262-0.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Yamaguchi, Masaya. 2006. The Complete Thesaurus of Musical Scales, revised edition. New York: Masaya Music Services. ISBN 0-9676353-0-6.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:

Templat:Musical notation Templat:Scales