Skandal eksport protein China

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Skandal Eksport Protein China)
Lompat ke: pandu arah, cari

Skandal Eksport Protein China mula dikesan pada Mac 2007 apabila makanan untuk binatang pelbagai jenama mempunyai bahan berbahaya. Makanan segera dalam tin dan kotak untuk kucing dan anjing peliharaan didapati menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan ginjal. Seterusnya kegagalan renal untuk berfungsi. Syarikat pengeluar makanan ini mengeksport makanan segera binatang ini ke Amerika Syarikat dan ke Afrika Selatan.

Apabila mendapat tekanan kuat dapari pelbagai pihak, kerajaan China telah membenarkan penyiasat datang ke negara itu untuk memeriksa kilang-kilang terbabit. Pengurus dua buah kilang pengeluar protein itu telah ditahan oleh kerajaan.

Secara am, protein dari sayur ada mengandungi melamin. Tetapi melamin tidak cukup berbahaya kecuali apabila becampur dengan asid sianurik. Ia boleh menyebabkan kerosakan pada ginjal binatang dan manusia juga.

Pada 27 April 2007, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat dan FDA menyatakan sayur protein yang diimport dari China dikhuatiri mengandungi bahan berbahaya dan tercemar. Makanan itu termasuklah gandum gluten, nasi gluten, nasi protein, pati nasi protein, jagung gluten, jagung hidang gluten, keluaran sampingan jagung, protein kacang soya, protein kacang hijau, protein hydrosylates dan protein asid amino. FDA mengesan 2.5 hingga 3.5 juta penduduk Amerika menggunakan ayam yang makanannya mengandungi protein sayur tercemar dari China.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Makanan sayur protein telah diimport dari China sejak 2006 dan 2007 lagi untuk makanan peliharaan seperti kucing dan anjing. Pada 16 Mac 2007 masalah mula timbul apabila Amerika Syarikat menahan pengimportan makanan kucing dan anjing dari China. Tepung gandum gluten dari China turut ditahan kerana beracun dan tercemar terutamanya melamine. Kerajaan China membenarkan penyiasat mencari sebab utama kematian binatang peliharaan tersebut. Melamin didapati terdapat dalam makanan tersebut.

Melamin biasanya dihasilkan daripada urea, terutama selepas dimangkin dengan gas dan tekanan tinggi fasa cecair. Melamin boleh larut dalam air. Melamin digunakan secara bergabung dengan Formalhida untuk mengeluarkan resin melamina. Produk akhir ini sangat baik menghasilkan plastik thermoset, busa melamina, pelekat dan bahan pembersih. Ia juga digunakan dalam industri makanan segera dan percetakan kain.

Melamin juga digunakan dalam menghasilkan racun perosak termasuk siaromazin.